MALAYSIA
Lawatan ke Rusia, China buka mata saya erti bahasa jiwa bangsa - PM Anwar
Anwar (tengah) merasmikan Majlis Pelancaran Hadiah Bahasa 2025 di Kuala Lumpur pada Khamis. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemerkasaan bahasa dan budaya adalah tonggak pembinaan Malaysia MADANI dan bukan sekadar tumpuan kepada pembangunan ekonomi semata-mata.
Perdana Menteri menjelaskan, kesedaran itu semakin mendalam selepas beliau berbual dengan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang kerap menekankan prinsip, bahasa jiwa bangsa.
“Ketika saya di China tempoh hari, saya cuba menghafal karya klasik mereka, namun agak susah. Jadi saya bertanyakan kepada pegawai dari China sama ada beliau tahu mengenai karya itu dan ternyata dia tahu, dia ajar saya sepanjang perjalanan ke sebuah universiti di sana.
“Ketika pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping, saya bertanyakan mengenai rakyat yang sangat menguasai bahasa dan karya klasik dalam bahasa Cina.
“Katanya, itu kerana beliau mahu anak di China mengekalkan identiti tanpa terjebak atau terpukau dengan karya asing, seterusnya mempengaruhi sikap dan jiwa anak muda. Begitu juga di Moscow, rakyat mereka kebanyakannya hafal karya sastera bila saya tanya, ini kekuatan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Hadiah Bahasa 2025 anjuran Public Bank Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, pada Khamis.
Menurut Anwar, pengalaman itu membuka mata dan menjadi peringatan penting buat Malaysia agar mengukuhkan jati diri seperti diterapkan China dan Rusia sejak di bangku sekolah lagi.
Beliau turut menyeru agar usaha memperkukuh Bahasa Melayu tidak dianggap sekadar simbol kosong, tetapi sebagai wahana sebenar kemajuan dan pembinaan tamadun.
“Program Hadiah Bahasa ini cukup bermakna buat saya secara peribadi. Seawal tahun 1984, saya diberi kepercayaan menjadi penaung Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) yang ketika itu bekerjasama dengan Public Bank dalam penganjuran edisi pertama Hadiah Bahasa.
“Hari ini, selepas 27 tahun anugerah ini terhenti, kita menghidupkan kembali legasi berharga ini dengan nafas dan semangat baharu,” ujarnya.