awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara

Bernama
Bernama
03/02/2026
13:45 MYT
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual bersama Modi (kiri) pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-21 di Pusat Konvensyen Nasional baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri India Narendra Modi bakal mengadakan lawatan ke Malaysia, menandakan hasrat New Delhi untuk memperkukuh pengaruh strategik dan politiknya di Asia Tenggara ketika persaingan kuasa besar dunia semakin meningkat, kata seorang ahli akademik.

Ringkasan AI
  • India ingin memperkukuh pengaruh strategik di Asia Tenggara, dengan lawatan Perdana Menteri Narendra Modi ke Malaysia.
  • Malaysia dilihat sebagai pintu masuk penting India ke ASEAN, disamping China dan AS semakin aktif di rantau ini.
  • Keberadaan India sebagai kuasa pengimbang di ASEAN disambut baik, membantu negara-negara di rantau ini mengelak daripada terperangkap dalam persaingan kuasa besar.

Penolong Profesor Ekonomi Perniagaan, Fakulti Sains Sosial, Universiti Nottingham Malaysia, Dr Chee Meng Tan berkata India melihat Malaysia bukan sahaja sebagai rakan kerjasama, malah sebagai pintu masuk penting ke rantau ASEAN yang lebih luas.
"Saya fikir India sedang mencari rakan strategik dan pada masa sama mahu meningkatkan pengaruh serta kehadirannya di rantau ini," katanya ketika ditemu bual dalam program Bernama World pada Selasa.
Tan berkata Asia Tenggara semakin mendapat perhatian kuasa besar sejak kebelakangan ini, sekali gus menjadikan kedudukan geopolitik Malaysia lebih penting apabila penglibatan China, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain semakin rancak.
Mengenai sama ada India sedang meletakkan dirinya sebagai kuasa pengimbang di rantau ini, beliau berpendapat peranan itu secara umumnya dialu-alukan oleh negara ASEAN yang mahu mengelakkan diri daripada terperangkap antara kuasa besar yang bersaing.
"Kita tidak mahu berada dalam keadaan tersepit antara AS dan China, jadi kehadiran India sebagai kuasa pengimbang sememangnya sesuatu yang dialu-alukan," katanya.
Beliau menambah bahawa negara ASEAN tetap berhati-hati terhadap penjajaran rasmi dan terus menekankan kepentingan mengekalkan pendirian berkecuali, tanpa dilihat secara terbuka memihak kepada AS, China atau India.
Tan berkata Malaysia juga mempunyai kelebihan strategik berdasarkan kedudukan geografinya dan peranannya dalam ASEAN, khususnya kerana berhampiran Selat Melaka, laluan maritim penting dunia.
"Kita mungkin bukan negara yang besar, tetapi jika dilihat kepada Selat Melaka, ia pada asasnya dikawal oleh tiga pihak -- Indonesia, Malaysia dan Singapura," katanya.
Dr Tan berkata lokasi strategik Malaysia bermakna negara ini akan terus menjadi tumpuan kuasa besar.
"Jika Malaysia memainkan peranannya dengan baik, saya berpendapat kita berada dalam kedudukan yang sesuai untuk membuat tuntutan tertentu pada masa hadapan," tambahnya.
Modi dijangka tiba di Malaysia hujung minggu ini, dengan penganalisis melihat lawatan itu sebagai usaha penting untuk memperkukuh hubungan dengan Kuala Lumpur serta rantau ASEAN secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Narendra Modi
#laluan maritim
#pengaruh strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan