awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan PM Najib ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman - Pejabat PM

Bernama
Bernama
10/01/2018
09:31 MYT
Lawatan PM Najib ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman - Pejabat PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Seri Perdana. - Gambar fail
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia pada tahun lalu.
"Selain itu, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Datuk Seri Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, rombongan Perdana Menteri turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bonda Perdana Menteri Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.
Menurut kenyataan itu lagi, adik-adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan berkenaan telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci.
"Hanya Tun Rahah yang turut bersama Datuk Seri Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi," menurut kenyataan itu.
Nama anggota keluarga dan kenalan Perdana Menteri itu dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program menunaikan ibadah umrah.
"Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#lawatan kerja
#Najib Razak
#pejabat perdana menteri
#Pejabat PM
#Perdana Menteri
#raja arab saudi
#Raja Salman
#rombongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan