awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Presiden Jerman: Anwar sekali lagi luah kebimbangan sekatan sawit EU

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/02/2023
12:00 MYT
Lawatan Presiden Jerman: Anwar sekali lagi luah kebimbangan sekatan sawit EU
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdepan kesukaran dalam beberapa siri perbincangan dengan EU sebelum ini apabila kesatuan itu terus membangkitkan isu penerokaan hutan. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi meluahkan kebimbangan berhubung sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap produk sawit dari Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdepan kesukaran dalam beberapa siri perbincangan dengan EU sebelum ini apabila kesatuan itu terus membangkitkan isu penerokaan hutan.
Menurutnya, Malaysia dan juga negara di rantau ASEAN telah mengambil semua langkah terbaik untuk memelihara alam sekitar dalam industri sawit.
"Benarkan kami lakukannya secara ekonomi dan tidak terlalu tegas, itu adalah rayuan saya dan pemahaman saya kerana kami prihatin dan komited terhadap perubahan iklim.
"Bagi kami, ia perlu melalui beberapa persefahaman dan rundingan, memberi dan mengambil bukan hanya satu wilayah untuk mengenakan syarat itu.
"Itu yang kami fikir tidak adil dan akan menjejaskan kemajuan dan pembangunan ekonomi kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier sempena lawatan rasmi Steinmeier ke Malaysia pada Jumaat.
Dalam sidang media sama, Anwar turut memberitahu Steinmeier bahawa Malaysia akan terus menjalinkan hubungan dagang dengan China.
"China, sudah tentu jiran penting, rakan dagangan penting dan kami akan terus menjalin hubungan dua hala yang baik di negara lain, Eropah, China.
"Saya fikir untuk kita, untuk Malaysia dan ASEAN, kita mengambil pendekatan aman dan jelas.
"Walaupun sebagai sebuah negara demokrasi dan berpegang teguh kepada akauntabiliti demokrasi, kami menyatakan pandangan kami dengan cara yang sesuai," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#sekatan sawit
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan