awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/02/2026
20:00 MYT
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Lawatan ini menunjukkan komitmen tinggi kedua-dua pemimpin walaupun Modi sibuk menghadapi isu dalaman India, termasuk pilihan raya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia menekankan eratnya hubungan antara kedua-dua negara, baik dari segi diplomatik mahupun peribadi.
Penganalisis politik, Dr Azharudin Mohamed Ali berkata, lawatan ini menunjukkan komitmen tinggi kedua-dua pemimpin walaupun Modi sibuk mengurus isu dalaman India, termasuk pilihan raya.
"Ini menunjukkan satu, pertama sekali, eratnya hubungan di antara Malaysia dengan India. Dan yang kedua, eratnya hubungan peribadi di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Narendra Modi. Ia bukan sekadar satu pertemuan ataupun satu lawatan yang sia-sia
"Lawatan yang singkat lebih kurang 48 jam tetapi membawa makna yang cukup besar dari sudut hubungan antara kedua-dua negara," katanya ketika muncul dalam Agenda AWANI.
Lawatan itu menyaksikan pelbagai memorandum persefahaman (MOU) ditandatangani, meliputi bidang perdagangan dan sosial.
Dr Azharudin turut menekankan kepentingan lawatan itu dari sudut strategi geopolitik, terutamanya memandangkan India akan memegang ketua BRICS pada 2026.
Dalam konteks geopolitik lebih luas, India kini dianggap sebagai kuasa penting di Asia Selatan dan Indo-Pasifik.
"Ini merupakan satu perkara yang cukup jelas dalam konteks strategi politik yang berlaku hari ini. Jadi India sememangnya tidak boleh ditolak sebagai antara kuasa yang cukup penting.
"Bukan sekadar jumlah penduduk yang besar sahaja, tetapi dalam masa yang sama, India telah menunjukkan dirinya sebagai antara pemain utama dalam konteks rantau Asia Selatan maupun di Indo-Pasifik itu secara keseluruhannya," jelas Dr Azharudin.
Beliau menambah, tekanan daripada Amerika Syarikat terhadap India bukan kecil, namun, Malaysia dilihat sebagai rakan yang sehaluan dalam beberapa strategi dan polisi yang dikemukakan oleh kedua-dua negara.
"Apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri, polisi-polisi yang dikemukakan itu sebenarnya seiring dan seimbang dengan apa yang sedang dilakukan oleh India sendiri," katanya lagi.
Dalam konteks BRICS, hubungan Malaysia-India dijangka memberi manfaat jangka panjang.
Walaupun Malaysia belum menjadi ahli penuh BRICS, kerjasama dengan India membuka peluang untuk penglibatan lebih mendalam pada masa depan.
"Walaupun Malaysia bukanlah ahli penuh lagi BRICS, tapi dalam konteks jangka panjang, kemungkinan hubungan yang dijalinkan dengan India ini akan membuka ruang Malaysia untuk menjadi ahli penuh pada suatu masa yang akan datang," tambah Dr Azharudin.
Selain itu, India memainkan peranan penting dalam perdagangan dan ekonomi dengan negara-negara BRICS, yang turut memberi peluang kepada Malaysia untuk membina pelaburan dan hubungan ekonomi dengan blok tersebut.
Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia dan India berjalan seiring dalam memperkukuh hubungan bilateral, dengan segala usaha dan dasar kedua-dua pemimpin disambut dengan positif.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Narendra Modi
#Malaysia
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan