MALAYSIA
Lawatan Trump berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN, bukan jemputan dua hala daripada Malaysia
REBECCA: Ini bukan Malaysia menjemput AS. Ia adalah ASEAN, dengan Malaysia sebagai pengerusi menjemput AS. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang di Kuala Lumpur pada Oktober ini perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi hubungan ASEAN yang lebih luas dan bukan inisiatif Malaysia semata-mata.
Pengarah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata kehadiran Trump adalah di bawah kerangka ASEAN-AS, disampaikan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dan bukan jemputan langsung daripada Malaysia sendiri.
"Ini bukan Malaysia menjemput AS. Ia adalah ASEAN, dengan Malaysia sebagai pengerusi menjemput AS.
"Oleh itu, beliau bukan datang ke Malaysia dalam konteks dua hala tetapi sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN-AS," katanya pada sesi di RAM Forum 2025: Building Resilience and Future-Proofing Amid Shifting Sands hari ini.
-- BERNAMA