MALAYSIA
Lawatan Trump: ‘Saya bukan menyerah, saya nak runding’ - PM Anwar
Anwar menegaskan, lawatan Trump dapat dimanfaatkan untuk berunding isu-isu mendesak terutama soal warga Gaza yang ditindas oleh rejim Zionis Israel. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bukan bermaksud menyerah kepada negara itu.
Anwar menegaskan, lawatan tersebut dapat dimanfaatkan untuk berunding isu-isu mendesak terutama soal warga Gaza yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.
“Harus ada kebijaksanaan yang saya dan rakan-rakan mahu (adalah) damai, jangan dibunuh lagi anak-anak kita, jangan di apa-apakan lagi wanita di Gaza.
“Ini bermakna atas nama ASEAN mengundang Trump apa salahnya runding, saya bukan menyerah saya nak runding,” katanya semasa menyampaikan ucap tama di Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.
Dalam pada itu, Anwar turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa lawatan tersebut menyifatkan lawatan tersebut seolah-olah menjual maruah negara kepada AS.
Perdana Menteri turut mengambil contoh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang mengadakan rundingan bersama British untuk mencapai kemerdekaan.
“Tapi ini tidak boleh menghentikan ia jadi polemik politik seolah-olah kita jual maruah dan tunduk kepada Trump, Tunku nak merdeka bawa rombongan ke London jumpa siapa? Itu (British) penjajah yang kejam terhadap kita, mengaut kekayaan negara kita.
“Tetapi rundingan diplomatik penting kerana matlamatnya adalah kemerdekaan,” katanya.
Beliau turut menyingkap usaha diplomatik Malaysia dengan negara luar berhasil membawa pulang 23 aktivis Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan oleh Israel pada 2 Oktober dalam misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Anwar menjelaskan, usaha bagi membebaskan aktivis GSF bukan dijalankan secara bersendirian, sebaliknya melibatkan kerjasama pemimpin dan tokoh antarabangsa.
“Orang kata ‘apa guna AS sokong Israel’, tetapi kita nak cari penyelesaian, penyelesaian itu memerlukan kebijaksaan bukan kita menyerah kita mencari helah kebijaksanaan (yang) kita sebut diplomasi,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Luar menegaskan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN berkewajipan menjemput semua negara rakan dialog ASEAN demi menjamin prinsip berkecuali dan pemusatan ASEAN terus terpelihara.
Manakala Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan lawatan tersebut bukan jemputan dua hala Malaysia-AS.
Dapatkan berita terkini di sini