NATIONAL
Lawrence Wong zahir dukacita atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata Tun Abdullah telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam catatan di Facebook, Lawrence berkata, sepanjang enam tahun perkhidmatannya, Tun Abdullah telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia.
Allahyarham juga dikenali sebagai pemimpin yang dihormati dan berperanan penting dalam meningkatkan kedudukan ASEAN di peringkat global.
Tambah beliau, Singapura berasa bertuah kerana dapat menganggap Tun Abdullah sebagai sahabat.
Katanya, melalui kerjasama dengan Allahyarham, Singapura memperkukuh hubungan dalam bidang seperti pembangunan Iskandar Malaysia dan mencapai kemajuan dalam isu-isu dua hala.
Pendekatan ini meletakkan asas yang kukuh bagi hubungan baik antara negara kedua-dua negara.
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Perdana Menteri Malaysia Kelima
#Perdana Menteri Singapura
#Lawrence Wong