Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan bahawa layanan dan rawatan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, adalah mematuhi batasan yang ditetapkan Akta dan Peraturan Penjara serta dilaksanakan secara profesional.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata setiap aspek pengurusan seseorang banduan adalah berasaskan ketetapan Akta Penjara 1995 dan juga Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
"Penempatan di sel klinik penjara, kemudahan-kemudahan yang diberi, termasuklah makanan tambahan adalah seperti mana syor yang dibuat oleh pegawai perubatan di atas kepentingan kesihatan Anwar," katanya.
Banduan-banduan lain yang disyorkan pindaan diet atau diet tambahan oleh pegawai perubatan akan diberikan makanan berkenaan seperti mana syor berkenaan, katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan Penjara tidak pernah mengabaikan keperluan pemeriksaan dan rawatan kesihatan untuk Anwar.
"Setiap keputusan dan pengesyoran yang dibuat oleh panel perubatan dipatuhi. Ini termasuklah telah beberapa kali membawa Anwar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.
Katanya ini termasuklah pemeriksaan oleh pakar ortopedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya sepertimana yang dipohon oleh pihak Anwar sebelum ini.
"Seksyen 37 (1) Akta Penjara 1995 secara jelas menetapkan bahawa rawatan kesihatan untuk seseorang banduan adalah di hospital kerajaan dan menjadi tanggungjawab Jabatan Penjara untuk membawa seseorang banduan ke hospital kerajaan bagi tujuan rawatan lanjut," katanya.
Alwi menjelaskan berasaskan Peraturan 234, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, pegawai perubatan kerajaan yang memeriksa seseorang banduan boleh membuat pengesyoran lanjut untuk kepentingan kesihatan banduan terlibat.
"Berhubung dengan masalah bahu kanan Anwar sehingga kini Jabatan Penjara belum menerima sebarang keputusan daripada mana-mana pihak berkaitan bentuk rawatan atau pembedahan atau pakar yang dipilih untuk melaksanakan," katanya.
Alwi juga memaklumkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang sama juga akan diguna untuk kemudahan rawatan termasuklah rawatan pakar untuk mana-mana banduan lain.
Mahkamah Persekutuan pada Februari lepas memutuskan Anwar meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008 dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap ahli politik itu oleh Mahkamah Rayuan.
Bernama
Sat Nov 28 2015
ALWI: Setiap aspek pengurusan seseorang banduan adalah berasaskan ketetapan Akta Penjara 1995 dan juga Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Layanan dan rawatan kepada Anwar di penjara dibuat secara profesional
Setiap aspek pengurusan seseorang banduan adalah berasaskan ketetapan Akta Penjara 1995 dan juga Peraturan-Peraturan Penjara 2000.