KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi jaminan isu memotong giliran dan layanan istimewa semasa menerima suntikan COVID-19 tidak akan berulang di negeri ini.
Ia berikutan tular dalam laman sosial dan portal berita semalam memaparkan gambar isteri seorang kenamaan di negeri ini yang didakwa memotong giliran di laluan Orang Kurang Upaya (OKU) di pusat vaksinasi di Stadium Perpaduan di sini.
"Kita harap apa yang berlaku beberapa hari lepas tidak akan berlaku lagi, pihak pengurusan (pusat vaksinasi) memberi jaminan kepada saya. Kami memohon maaf atas isu memotong barisan ini.
"Kita sudah ada sistem, sistem itu mampu memastikan pergerakan proses vaksinasi dilaksanakan seperti dirancang," katanya kepada pemberita di stadium berkenaan hari ini.
Beliau berkata proses vaksinasi dan aliran di stadium itu sudah diperbaiki selepas beberapa isu dibangkitkan baru-baru ini.
"Sistem itu sama sekali berbeza dengan sebelumnya, ia kini tersusun dan teratur dengan papan tanda lebih jelas. Sebelum ini, stadium itu sesak tanpa penjarakan fizikal. Jadi, kita akan bawa sistem baharu ini ke pusat vaksinasi lain di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021

Uggah berkata, proses vaksinasi dan aliran di stadium itu sudah diperbaiki selepas beberapa isu dibangkitkan baru-baru ini. - Gambar/ Media sosial

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Permohonan Clare kemuka persoalan undang-undang adalah pramatang - Mahkamah Tinggi
Permohonan Clare Rewcastle-Brown yang ingin mengemukakan persoalan undang-undang di mahkamah berkaitan pertuduhan fitnah jenayah terhadapnya mengikut perlembagaan adalah bersifat pramatang.

Warga emas OKU hilang, ditemukan mati di Sungai Sarawak
Misteri kehilangan warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) pada 9 Ogos lalu terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Sarawak berhampiran Kampung No. 6, Kuching pada Khamis.

Sarawak kekal untung hasil SST walau harga minyak mentah menurun - Abang Jo
Sarawak kekal untung hasil SST walau harga minyak mentah menurun - Abang Jo

Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak dilancar Sabtu ini
Majlis itu adalah kesinambungan kepada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat kebangsaan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Julai.

Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Mayat kanak-kanak 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Lawas ditemukan
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Sundar dekat Kampung Tanjung Katong, Lawas sejak tiga hari lalu ditemukan meninggal dunia pada Selasa.

Industri pelancongan Sarawak catat peningkatan lebih 800 peratus
Berbanding tempoh sama tahun lepas, nilai keseluruhan resit pelancongan di Sarawak mencatatkan peningkatan 856.95 peratus.

PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara
Dua lagi projek mega diumumkan di Sarawak petang dengan fokus pada kali ini adalah untuk kawasan di utara negeri itu.

Sarawak hargai sedikit kebebasan, bincang masalah secara muhibbah - Abang Jo
Sarawak berharap sebarang perbezaan pendapat antara negeri itu dengan kerajaan Persekutuan dapat diselesaikan secara muhibbah dalam semangat kekeluargaan.

PKR lantik Pengerusi MPN untuk Sabah dan Sarawak
PKR hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Sarawak bagi penggal 2022 hingga 2025.