awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"LCS bukan projek halimunan, tidak dibuat dari kayu" - BNS tunjuk bukti kemajuan pembinaan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
13/08/2022
07:55 MYT
"LCS bukan projek halimunan, tidak dibuat dari kayu" - BNS tunjuk bukti kemajuan pembinaan
Salah sebuah daripada lima buah kapal tempur pesisir (LCS) yang sedang dalam pembinaan di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut. - Gambar Astro AWANI
LUMUT: “Ia bukan projek kapal halimunan ataupun kapal yang diperbuat daripada kayu. Sebaliknya, kerja-kerja menyiapkannya masih sedang dijalankan.”
Itu penegasan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard (BNS), Ir Azhar Jumaat mengenai perkembangan terkini kerja-kerja pembinaan lima buah kapal tempur pesisir (LCS) di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), dekat sini, hari ini.
Kepada sekumpulan pengamal media, Azhar menunjukkan kelima-lima buah kapal berkenaan yang dalam pembinaan dengan kapal pertama sudah siap 60 peratus.
Sementara kapal LCS kedua sudah siap 48 peratus, LCS ketiga (43 peratus), LCS keempat (36 peratus) dan LCS kelima (22 peratus), jelas Azhar.
“Lima kapal yang dalam pembinaan dengan pelbagai peringkat untuk disiapkan ini menandakan RM6 billion yang dibelanjakan oleh kerajaan itu telah dibuktikan.
"Kapal pertama dengan pembinaan siap 60 peratus ini juga telah kami bentangkan kepada Kabinet. Kami telah menetapkan landasan dan tahap keupayaan, jadi tolong beri kami peluang dan ruang untuk menunjukkan realitinya," katanya dalam sesi taklimat dan lawatan itu kepada 48 pengamal media.
Ir Azhar Jumaat  memberi taklimat kepada wakil media.
Ir Azhar Jumaat memberi taklimat kepada wakil media.
Dalam pada itu, Azhar berkata, kewujudan fizikal kelima-lima LCS itu diharap mampu memberi penjelasan sebenar kepada umum bahawa projek berkenaan bukan didakwa melibatkan ‘kapal halimunan’.
Malah, Azhar turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut semua pihak yang terlibat dalam projek berkenaan dengan sengaja mahu mengelirukan pihak Istana sewaktu pelancaranya pada Ogos 2017.
"Ramai buat dakwaan projek ini projek halimunan dan kapal dibuat daripada kayu, malah didakwa Sultan Perak dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.
"Ini bukan kapal halimun, tetapi kapal besi yang sebenar bukan buat daripada kayu. Lebih penting ini bukan replika ini, ini kapal sebenar," katanya.
Dalam lawatan sekitar dua jam itu, media yang hadir dibawa melihat sendiri perkembangan pembinaan LCS pertama dan meninjau gudang simpanan kapal BNS yang menempatkan perkakasan berkaitan projek LCS.
Projek LCS mula mencuri tumpuan apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) mendedahkan bahawa kira-kira RM6 bilion telah dibelanjakan, namun tidak ada satu kapal pun yang telah disiapkan.
Topic Berkaitan
#skandal LCS
#LCS bukan projek halimunan
#Boustead Naval Shipyard
#BNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan