KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,160 individu ditahan kerana disyaki terlibat sindiket pusat panggilan penipuan pelbagai jenayah scam bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah itu 791 adalah warga Malaysia, China (300), Indonesia (20), Taiwan (13), Bangladesh (lapan), Vietnam (enam), Pakistan (empat), Thailand (tiga), Singapura (tiga), Filipina (dua) dan India (dua)
Selain itu, warga United Kingdom, Perancis, Nigeria, Nepal, Korea Selatan, Kazakhstan, Jordan dan Iran masing-masing satu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu juga, sebanyak 501 orang telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai pertuduhan, manakala baki 659 individu lagi masih dalam proses siasatan dan sebahagiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam tempoh sama, polis juga telah melakukan 148 serbuan bagi menumpaskan pusat panggilan penipuan yang dikesan di seluruh negara.
Beliau berkata sebanyak 46 daripada serbuan itu berkaitan penipuan pelaburan, penipuan belian secara dalam talian (39), penipuan menerusi panggilan telefon (23), perjudian (19), along (15), pinjaman tidak wujud (lima) dan masing-masing dua bagi love scam serta pembekal akaun keldai.
"Hasil siasatan mendapati daripada 148 serbuan hanya 69 pusat panggilan yang diserbu menyasarkan mangsa rakyat Malaysia, manakala selebihnya menyasarkan mangsa dari seluruh dunia merangkumi China (38), Singapura (13), United Kingdom (lima) dan Filipina (empat).
"Untuk menipu mangsa dari negara luar, pusat panggilan terbabit akan menggunakan aplikasi khas yang membolehkan mereka berkomunikasi dalam bahasa perantara digunakan di negara sasaran," katanya.
Ramli berkata penahanan warga asing yang terlibat dengan pusat panggilan ini telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan negara yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
"Polis juga telah mewujudkan kerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa negara luar termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Australia bagi memastikan jenayah penipuan rentas sempadan dapat dibanteras.
Menurutnya polis komited memastikan tindakan pembanterasan terhadap pusat panggilan penipuan dilakukan secara berterusan dan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan pusat panggilan sebegini adalah amat dihargai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Ramli berkata penahanan warga asing yang terlibat dengan pusat panggilan ini telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan negara yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
"EU beri layanan tidak adil kepada AS" - Trump
Donald Trump menzahirkan rasa kesal atas ketidakadilan dari segi layanan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Amerika Syarikat.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Donald Trump umum akan bertemu Putin dalam masa terdekat
Jelas Trump, pertemuan itu bagi menamatkan perang hampir tiga tahun dengan Ukraine yang disifatkannya sebagai peristiwa kehilangan nyawa yang besar.
Trump mahu atasi inflasi, kurangkan cukai
Trump menyatakan komitmennya untuk menangani isu inflasi dan imigrasi haram sambil meningkatkan pengeluaran bahan api fosil di negaranya.
Trump zahir hasrat turun harga minyak global
Pada masa sama Trump menzahirkan hasrat beliau untuk menurunkan harga minyak global.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.