awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 kes jangkitan penyakit di PPS Terengganu

Bernama
Bernama
05/12/2024
06:15 MYT
Lebih 1,000 kes jangkitan penyakit di PPS Terengganu
Dr Kasemani meminta orang ramai terutama yang tinggal di kawasan banjir dan PPS supaya mempraktikkan amalan kebersihan dan keselamatan bagi mengelak jangkitan penyakit. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,245 kes penyakit berjangkit dikesan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu pada musim banjir kali ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong.
Beliau berkata kes tertinggi adalah melibatkan jangkitan saluran pernafasan iaitu sebanyak 969 kes diikuti penyakit kulit 166 kes.
"Kes lain termasuk jangkitan demam iaitu sebanyak 63 kes manakala keradangan perut dan usus 47 kes. Selain itu ada beberapa kes membabitkan keradangan mata.
"Tetapi kita bernasib baik kerana tiada sebarang jangkitan penyakit serius yang boleh menyebabkan wabak," katanya ketika dihubungi.
Justeru, Dr Kasemani meminta orang ramai terutama yang tinggal di kawasan banjir dan PPS supaya mempraktikkan amalan kebersihan dan keselamatan bagi mengelak jangkitan penyakit.
"Mangsa yang berada di kawasan banjir terdedah kepada penyakit berjangkit seperti cirit-birit, jangkitan bakteria Escherichia Coli atau E-coli serta leptospirosis (penyakit kencing tikus)," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#PPS
#penyakit berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan