awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri

Bernama
Bernama
16/03/2025
14:30 MYT
Lebih 1,000 meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Padang Serbaguna hari ini. - Foto BERNAMA
TAMPIN: Lebih 1,000 hadirin memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Padang Serbaguna Tampin, di sini hari ini.
Anwar yang tiba kira-kira 7 malam disambut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Perdana Menteri turut mendengar tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib.
Terdahulu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sembilan di Majlis Daerah Tampin yang dihadiri Aminuddin, Shamsul Azri serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#KPKM
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan