KUALA LUMPUR:Penebusan pakej ‘My30 Plus30 – Beli 1, Percuma 1’ yang dibuka di Stesen LRT KL Sentral dan Hab Bas Rapid KL Pasar Seni pada Jumaat mendapat sambutan baik dengan seramai 1,283 penumpang sudah melunaskan penebusan.
Menurut kenyataan media oleh Rapid KL pada Sabtu, orang ramai yang ingin menebus pakej berkenaan pada hari ini boleh melakukannya di kiosk Sayap Timur di stesen LRT KL Sentral sehingga jam 10.30 malam dan di Hab Bas Pasar Seni sehingga 7 malam.
“Kaunter di Hab Bas Pasar Seni, bagaimanapun, tutup pada hari Ahad dan hari-hari cuti am manakala kaunter di KL Sentral dibuka setiap hari,” katanya.
Kempen tersebut dilancarkan sebagai sokongan kepada kempen penggalakkan pelancongan domestik yang diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
BACA: Prasarana optimis My30 mampu lonjak semula jumlah pengguna
Kempen untuk pembelian pas perjalanan tanpa had My30 tersebut bermula 21 Disember lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Mac ini.
Pas percuma My30 itu terhad kepada 8,333 penebusan dan terhad kepada seorang pengguna dan sekali penebuasan sahaja.
Tempoh penebusan untuk pas percuma berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini atau selepas kesemua 8,333 pas percuma dilunaskan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen itu, layari laman web rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my .
Isabelle Leong
Sat Jan 16 2021

Kempen untuk pembelian pas perjalanan tanpa had My30 tersebut bermula 21 Disember lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Mac ini. - Gambar fail
![[TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri [TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894249/17218730531615193393752_640x360.jpg)
[TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin #AWANIterkini #HapusCOVID19

Jenayah | Cubaan seludup 14,880 ekstasi ke Indonesia gagal
Cubaan menyeludup dadah 14,880 biji pil ekstasi ke Indonesia digagalkan polis dalam sekatan jalan raya di kilometer 30 Jalan Serian. Dalam Ops Benteng di Tebedu 5 Mac lepas, seorang lelaki berusia 35 tahun dan wanita 38 tahun ditahan bersama lebih 14 ribu biji pil ekstasi bernilai RM260 ribu.

Kronologi kes rasuah Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi
Kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 masih rendah di Pulau Pinang
Kerajaan Pulau Pinang sasar 1.3 juta rakyat akan daftar, tetapi setakat ini hanya 113,672 individu yang berbuat demikian.

Jenayah | Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol remaja perempuan 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian 15 Februari lalu

PRU15: PH mula agihan kerusi termasuk bersama 'parti sahabat' - Anwar
Proses rundingan itu bukan sahaja melibatkan parti komponen PH malah parti-parti 'sahabat' yang mempunyai asas perjuangan yang sama.

1,529 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini, terendah pada 2021 - KP Kesihatan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam laman Twitternya berkata, Selangor menjadi negeri penyumbang kes baharu tertinggi dengan 726 kes.

AWANI Ringkas: 139,720 telah disuntik vaksin setakat 7 Mac | Kerajaan batalkan janji temu individu tidak patut senarai

Pak Ungku usaha bawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar negara - Muhyiddin
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan intelektual awam yang tidak mementingkan diri dan membawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar kepada negara.

COVID-19: KKM putuskan beri peranan pengamal perubatan swasta agih vaksin
Protect Health Corp Sdn Bhd dilantik sebagai pelaksana pengamal perubatan swasta dalam program pelalian itu.

Lebih 1,000 'Pakej My30 Plus30' telah ditebus
Orang ramai yang ingin menebus pakej berkenaan pada hari ini boleh melakukannya di kiosk Sayap Timur di stesen LRT KL Sentral sehingga jam 10.30 malam dan di Hab Bas Pasar Seni sehingga 7 malam.