KUALA LUMPUR: Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor akan menggerakkan lebih 1,000 sukarelawan bagi membantu penganut Hindu menyambut Thaipusam pada 18 Jan ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Bercakap kepada Bernama, Setiausaha Kehormat jawatankuasa kuil tersebut C. Sethupathy berkata setakat ini lebih 500 sukarelawan daripada orang awam telah mendaftar dan selebihnya adalah ahli jawatankuasa dan pengikut kuil itu sendiri.
"Sukarelawan ini akan membantu dari segi memastikan penjarakan sosial oleh penganut atau pengunjung, mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki kuil dan SOP yang lain," katanya.
Beliau juga berkata kuil yang terkenal dengan patung Dewa Murugan terbesar di dunia dengan ketinggian 42.7 meter (m) itu, sedang melakukan persiapan akhir dengan meningkatkan SOP ketat bagi memastikan pengunjung mematuhinya dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Sethupathy juga berkata pihaknya kini sedang menguruskan pendaftaran dalam talian bagi penganut yang akan menjunjung 'paal koodam' atau belanga susu, supaya mereka diberikan tag bagi melancarkan proses perjalanan sambutan tanpa sebarang kegagalan pematuhan SOP yang ditetapkan.
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
Pada perayaan tersebut, penganut Hindu akan menunaikan nazar dengan menjunjung 'paal koodam' yang dianggap paling suci dan 'kavadi' yang dihiasi cantik dengan menaiki ratusan anak tangga Batu Caves menuju kuil di dalam gua itu.
Sethupathy juga memaklumkan sambutan Thaipusam akan bermula pada 16 Jan ini dengan perarakan 'Pedati Perak', iaitu perarakan arca membawa Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli dan Devi Theivanai dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee di sini ke Batu Caves pada pukul 10 malam dan dijangka tiba di kuil Batu Caves pada 10 pagi hari berikutnya.
Menurutnya perarakan pulang dari Batu Caves akan bermula pada 4 petang 19 Jan dan dijangka tiba di Kuil Sri Maha Mariamman pada tengah malam hari yang sama dan kedua-dua perarakan itu hanya akan melibatkan 70 ahli pengurusan kuil berkenaan, manakala orang ramai tidak dibenarkan hadir.
Semalam, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengumumkan upacara 'paal koodam', aktiviti sembahyang serta perjalanan pedati, dibenarkan tanpa melibatkan acara 'kavadi' bagi perayaan Thaipusam kali ini.
SOP yang ditetapkan bagi Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves termasuk jumlah pengunjung tidak melebihi 6,000 orang setiap hari, pengunjung untuk 'paal koodam' pula dihadkan tidak melebihi 100 orang dan setiap sesi sembahyang selama 30 minit diikuti proses sanitasi.
Thaipusam turut disambut di Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani yang terletak di atas bukit di Pulau Pinang dan Kuil Arul Subramaniar yang terletak di kawasan batu kapur Gunung Cheruh, Ipoh, Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor akan menggerakkan lebih 1,000 sukarelawan bagi membantu penganut Hindu menyambut Thaipusam pada 18 Jan ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. - Gambar fail/BERNAM
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.