PUTRAJAYA: Seramai 10,353 Orang Yang Berwibawa (OYB) telah dilahirkan menerusi program Pensijilan Profesional Alam Sekitar sehingga kini.
Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pertambahan bilangan OYB itu menunjukkan komitmen industri bagi mengarusperdanakan pengurusan alam sekitar ke arah yang lebih cemerlang dan lestari.
"Pensijilan ini merangkumi bidang-bidang kawalan pencemaran air, udara, buangan terjadual dan penilaian impak kepada alam sekitar daripada industri dan penggerak projek Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Rabu sempena penganjuran Simposium 50 Tahun Jubli Emas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
Simposium itu menghimpunkan 650 peserta dari pelbagai latar belakang industri.
Program Pensijilan Profesional Alam Sekitar anjuran Institut Alam Sekitar itu merupakan suatu program yang mengeluarkan sijil diperakukan oleh ketua pengarah JAS kepada individu kompeten untuk mengendalikan operasi sistem kawalan pencemaran atau pengurusan buangan terjadual.
Antara modul dalam program itu ialah, calon OYB perlu menduduki peperiksaan bertulis dan amali; menghadiri sesi temuduga bagi menilai tahap pemahaman calon; menghadiri kursus pensijilan serta menyediakan laporan latihan lapangan mengikut format yang ditetapkan.
Sebagai Jabatan yang menekankan keperluan OYB di premis masing-masing seperti dinyatakan di bawah Seksyen Seksyen 49A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Wan Abdul Latiff berkata peranan pihak industri dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terutama pelaksanaan pematuhan kendiri di premis perlu diperkasakan.
Katanya, agenda mengenai kepentingan alam sekitar perlu ditekankan dan diinstitusikan dalam pengoperasian syarikat masing-masing.
"Agenda ini hendaklah dipraktikkan oleh pihak pengurusan tertinggi terlebih dahulu agar menjadi contoh kepada kumpulan pengurusan yang lain. Matlamat akhirnya, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dibudayakan di semua peringkat," katanya.
Akta 127 digubal bagi mencegah, menghapus, mengawal pencemaran, membaiki alam sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Kata Wan Abdul Latiff, agenda mengenai kepentingan alam sekitar perlu ditekankan dan diinstitusikan dalam pengoperasian syarikat masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
NRES harap Belanjawan 2025 tumpu usaha perkasa JAS - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap hasrat untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau
JAS sedang menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki melakukan pencemaran sehingga menyebabkan bau busuk di Sungai Tebrau.
Kerja pembersihan dua lokasi tercemar bermula hingga 22 September - Exco
Kerja pembersihan sisa bahan terjadual itu akan dibuat di dua lokasi iaitu Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika.
Pencemaran bau: KKM sedia bantu individu terkesan
Menurut Dr Dzulkefly, isu pencemaran bau di sekitar sungai di Johor dipantau pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).