PARIS: Perancis kini menerima lebih 100,000 pelarian Ukraine, lapor Sputnik memetik Ketua Unit Krisis Kementerian Dalam Negeri, Joseph Zimet.
"Angka pelarian Ukraine di Perancis sudah melebihi 100,000. Perancis pada mulanya menjadi negara transit, khususnya untuk ke Sepanyol, yang telah membuka pasaran buruhnya kepada Ukraine beberapa tahun lalu. Jumlah rakyat Ukraine di Perancis sebelum perang adalah 19,000 orang," kata Zimet kepada akhbar harian Le Monde pada Ahad.
Beliau berkata memetik tinjauan oleh Agensi Suaka Kesatuan Eropah, 84 peratus orang yang berpindah dari Ukraine tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin pada Mac berkata, negara itu sedang berusaha untuk menampung sekurang-kurangnya 100,000 pelarian dari Ukraine.
Bulan lalu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata, berikutan krisis di Ukraine, 7.5 juta pelarian Ukraine telah tiba di EU, dan tiga juta masih kekal di EU. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Perancis kini menerima lebih 100,000 pelarian Ukraine, lapor Sputnik memetik Ketua Unit Krisis Kementerian Dalam Negeri, Joseph Zimet. - Gambar REUTERS
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Lebih 100,000 pelarian Ukraine berada di Perancis
Sebanyak 84 peratus orang yang berpindah dari Ukraine tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka.
Krisis Rusia-Ukraine: UK tawar tempat perlindungan kepada pelarian
Lebih 100,000 penduduk UK mendaftar pada hari pertama ia dilancarkan pada Isnin.