KUALA LUMPUR: Sebanyak 108,757 saman tertunggak direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelbagai kesalahan trafik dilakukan oleh warga Singapura bagi tempoh 2016 hingga tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata daripada jumlah itu sebanyak 21,452 saman trafik belum dijelaskan pada 2016, sebanyak 19,275 saman (2017) dan 30,946 saman (2018).
Pada 2019, sebanyak 24,846 saman tertunggak direkodkan, sebanyak 12,128 saman (2020) dan 110 saman (2021).
"Saman yang telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya memandu melebihi had laju, memotong barisan, mengabaikan isyarat lalu lintas dan tidak memakai tali pinggang keledar, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan atau spesifikasi, terlibat kemalangan jalan raya, halangan lalu lintas serta kesalahan lampu brek dan sebagainya.
"Warga Singapura yang mempunyai saman tertunggak dan telah dikeluarkan waran tangkap boleh dihalang untuk memasuki atau keluar dari negara ini dan pesalah trafik berkenaan juga boleh ditahan dan dituduh di mahkamah dalam tempoh segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut menyangkal dakwaan kononnya berlaku kelemahan penguatkuasaan terhadap warga republik itu dan menegaskan JSPT sentiasa mengadakan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana pesalah trafik.
"Saman tertunggak ini juga terkait dengan kegagalan untuk menyerahkan notis saman kepada pesalah trafik kerana tidak mempunyai alamat bagi membolehkan saman berkenaan diposkan kepada mereka. Terdapat juga kemungkinan kenderaan disaman sudah dilupuskan kerana sudah cukup tempoh lima tahun berdasarkan undang-undang negara itu.
"PDRM mengalu-alukan pelaksanaan pendaftaran kenderaan warga Singapura oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui sistem kutipan Caj Jalan (RC) dan rekod Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang berkuat kuasa di pintu masuk sempadan negara tidak lama lagi," katanya.
Mat Kasim berkata berdasarkan sistem berkenaan, ia membolehkan polis mendapatkan maklumat pesalah trafik bagi tujuan menyerahkan notis saman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
Sebanyak 21,452 saman trafik belum dijelaskan pada 2016, sebanyak 19,275 saman (2017) dan 30,946 saman (2018). - Gambar hiasan/ Bernama
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak di Desaru
Menurut maklumat orang awam, kedua-dua beranak dilaporkan dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan.
Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu
Sepasang suami isteri warga Singapura cedera parah selepas kereta Porsche 911 Dakar dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Ahad.
Tabib warga Singapura didakwa buat hantaran jelik guna perkataan dajal
Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.
Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur
Sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Balai Polis Batu Ampat digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.
Tular cabut nombor plat: Dua suspek khianat Alphard ditahan
Dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar pada Sabtu lalu, berjaya ditahan.
Lebih 100,000 saman trafik tertunggak sejak 2016 milik warga Singapura - Bukit Aman
Sebanyak 108,757 saman tertunggak direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelbagai kesalahan trafik dilakukan oleh warga Singapura bagi tempoh 2016 hingga tahun lepas.
Video tular warga Singapura disamun kumpulan bermotosikal di Johor palsu - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata siasatan mendapati rakaman kejadian sebenar bukan berlaku di Johor, sebaliknya di di tempat lain pada tahun 2014.
COVID-19: Singapura tingkat peraturan notis duduk rumah, pelawat wajib pakai alat pemantauan elektronik
Peraturan ini wajib dipatuhi rakyat Singapura, pemastautin tetap warga Singapura, pemegang pas jangka panjang, pemegang pas kerja dan tanggungannya.
Warga Singapura mengaku bersalah di AS jadi ejen perisikan China
Dalam pertuduhan tersebut Wei Yeo mengaku bekerja untuk perisikan China antara tahun 2015 dan 2019.
Sembilan lagi kes baharu COVID-19 dicatat di Singapura
Kesemua sembilan kes membabitkan rakyat Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.