KUALA TERENGGANU: Lebih 100 guru di Terengganu menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.
Beliau berkata jumlah itu hanyalah mewakili peratusan kecil keseluruhan jumlah guru yang berkhidmat di negeri ini.
"Saya tidak tahu apa alasan mereka tidak mahu terima vaksin.
"Cuma permintaan saya supaya mereka ini mempertimbangkan semula keputusan mereka demi kebaikan semua pihak, termasuk keluarga mereka dan anak-anak murid mereka," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini.
Ahmad Samsuri berkata buat masa ini hanya pendekatan memujuk digunakan bagi memastikan guru-guru tersebut bersetuju menerima suntikan vaksin, memandangkan tiada sebarang peraturan atau undang-undang membolehkan sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka.
Ditanya sama ada guru yang enggan menerima vaksin itu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 secara berkala apabila sesi persekolahan dibuka nanti, Ahmad Samsuri berkata: "Itu mungkin satu cara. Kalau mereka sanggup hendak 'hadap' ujian (saringan COVID-19) dua minggu sekali, itu terpulanglah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak ketika ditemui berkata penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) kini masih tinggi iaitu lebih 75 peratus adalah faktor Terengganu belum boleh beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"ICU kita perlu 50 peratus (untuk beralih ke fasa tiga), tetapi kita lebih daripada 75 peratus sekarang. Hal ini kerana pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke ICU adalah selama 21 hari dan ia adalah tempoh yang lama.
"Walaupun jumlah harian kemasukan pesakit ke ICU adalah kecil tetapi semakin hari semakin ramai sebab hendak tunggu 21 hari," katanya dan menjangkakan jumlah penggunaan katil di ICU berkurangan dalam tempoh selewatnya tiga minggu lagi.
Dalam perkembangan sama, Dr Alias memaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman disahkan positif COVID-19 dan kini berada dalam keadaan stabil.
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak lebih seminggu, selepas disahkan positif COVID-19 kerana mengalami demam dan menjangkakan Mohd Nurkhuzaini akan dibenarkan keluar daripada hospital dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
AHMAD SAMURI: Saya tidak tahu apa alasan mereka tidak mahu terima vaksin. - Gambar fail/BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Lebih 100 guru di Terengganu tolak vaksin - Menteri Besar
Lebih 100 guru di Terengganu menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.