MALAYSIA
Lebih 100 kera ditangkap di Kuala Krai sejak tahun lepas - Perhilitan
Tinjauan di kawasan pembuangan sampah di Kampung Kubang Lebur mendapati sekumpulan kera liar berada berhampiran tong sampah untuk mencari makanan. - Foto BERNAMA
KUALA KRAI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap lebih 100 ekor kera liar yang mengancam keselamatan penduduk di sekitar Kuala Krai sejak tahun lepas.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata tindakan kawalan itu dilaksanakan susulan aduan orang ramai, dengan dua perangkap bersaiz 8x8x8 dipasang di kawasan lokasi panas gangguan kera.
"Perhilitan belum menerima aduan rasmi daripada mangsa yang cedera akibat serangan kera, namun telah menerima laporan awal daripada penghulu kampung dan pihak polis.
"Tindakan susulan sedang dijalankan Perhilitan Kuala Krai," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Sabtu lepas, media melaporkan kira-kira 300 penduduk Kampung Kubang Lebur, Kampung Batu Lada dan Taman Berkat Jaya terpaksa hidup dalam kebimbangan berikutan serangan kera liar, yang mengakibatkan dua individu cedera dalam tempoh seminggu.
Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan pembuangan sampah di Kampung Kubang Lebur mendapati sekumpulan kera liar berada berhampiran tong sampah untuk mencari makanan.
Keadaan itu menyebabkan penduduk yang ingin membuang sampah terpaksa menghalau haiwan berkenaan terlebih dahulu kerana bimbang diserang.
Penduduk tempatan, Rosman Samat, 41, berkata kehadiran kera liar di situ sering mengundang rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk, terutama bagi mereka yang datang seorang diri.
"Adakalanya kera ini hanya memerhati, tetapi ada ketika ia menghampiri seolah-olah mahu menerkam bungkusan sampah yang kita pegang. Kami perlu sentiasa berhati-hati," katanya.
-- BERNAMA