NATIONAL
Lebih 1,000 orang hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Ahmadshah Abdullah
Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Sabah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Bajau, Kampung Inanam Laut. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU : Seramai lebih dari 1,000 orang termasuk waris, ahli keluarga, kenalan serta orang kenamaan hadir di Masjid Negeri Sabah hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-9, Allahyarham Tun Ahmadshah Abdullah.
Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Sabah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Bajau, Kampung Inanam Laut, di sini.
Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 malam Selasa di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Antara yang hadir menziarahi jenazah termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; serta mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10, Tun Juhar Mahiruddin.
Difahamkan, jenazah tiba di Masjid Negeri pada jam 10.08 pagi sebelum dibawa ke ruang legar masjid untuk penghormatan terakhir oleh orang ramai.
Berikutan pemergian Allahyarham, Kerajaan Negeri Sabah mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari, dan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh tersebut.
Allahyarham Tun Ahmadshah dilahirkan pada 9 Disember 1946 di Kampung Inanam, Kota Kinabalu.
Beliau memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 2003 hingga 2010.
Sebelum pelantikan tersebut, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, dan bersara daripada perkhidmatan awam pada Disember 2002.
Beliau turut pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Pengarah Perjawatan Negeri Sabah, Ketua Bahagian Hal Ehwal Dalaman dan Penyelidikan di Jabatan Ketua Menteri Sabah serta Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Allahyarham meninggalkan empat orang anak. Isteri beliau Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar, meninggal dunia pada tahun 2020.