MALAYSIA
Lebih 11,000 kes tangkapan ular direkodkan di Kelantan tahun lepas - APM
Mohd Farid berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah tangkapan ular tertinggi, iaitu 5,327 kes, diikuti Bachok (2,914 kes) dan Machang (2,749 kes). - Gambar APM Kelantan
KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berjaya mengendalikan sebanyak 11,641 kes tangkapan ular sepanjang tahun lepas.
Ringkasan AI
Timbalan Pengarah APM Kelantan Lt Kol (PA) Mohd Farid Ishak berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah tangkapan ular tertinggi, iaitu 5,327 kes, diikuti Bachok (2,914 kes) dan Machang (2,749 kes).
"Kita terima sebanyak 25,218 kes panggilan kecemasan dan jumlah ini termasuk panggilan melibatkan kehadiran reptilia (ular) itu di kawasan kediaman dan tempat awam.
"Semua ular yang ditangkap diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan bagi tindakan lanjut termasuk pelepasan semula mengikut prosedur ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Farid berkata APM Kelantan turut mengendalikan 6,554 kes memusnahkan sarang serangga, 2,934 kes menangkap haiwan liar dan 1,256 kes melibatkan pesakit atau orang sakit.
Beliau berkata 849 kes lagi yang dikendalikan APM negeri tahun lepas melibatkan kejadian pokok tumbang, diikuti 532 kes kemalangan jalan raya dan 399 kes membabitkan haiwan peliharaan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan situasi melibatkan haiwan berbahaya, sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan APM.
"Tindakan sendiri boleh mendatangkan bahaya kerana orang ramai tidak mempunyai peralatan keselamatan secukupnya. Haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking kebiasaannya akan memasuki kediaman terutama selepas banjir," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- APM Kelantan mengendalikan 11,641 kes tangkapan ular sepanjang tahun lepas, dengan Kota Bharu merekodkan jumlah tertinggi diikuti oleh Bachok dan Machang.
- Timbalan Pengarah APM Kelantan menegaskan bahawa ular yang ditangkap akan diserahkan kepada PERHILITAN Kelantan untuk tindakan lanjut, termasuk pelepasan semula mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Selain daripada tangkapan ular, APM Kelantan juga mengendalikan kes memusnahkan sarang serangga, menangkap haiwan liar, serta membantu pesakit, manakala orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri jika berdepan dengan haiwan berbahaya.