MALAYSIA
Lebih 1,300 kotak bantuan kemanusiaan KHOM Malaysia bakal tembusi Gaza hari ini

Setakat ini, KHOM Malaysia telah berjaya membawa masuk 3,246 kotak makanan dan 1,034 kotak susu bayi di bawah Operasi Degupan Jantung Gaza. - Kredit foto: KHOM Malaysia (Nik Marina Hussin)
ZARQA: Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma Malaysia (KHOM Malaysia) bersama Pertubuhan Kebajikan Hashimiyeh Jordan (JHCO) dan Child Care Charity Association (CCCA), dengan sokongan Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF), dijangka menyalurkan lebih 1,300 kotak bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam tempoh beberapa jam lagi.
Ringkasan AI
- KHOM Malaysia dengan kerjasama JHCO, CCCA dan Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF) dijangka menyalurkan lebih 1,300 kotak bantuan ke Gaza melalui penurunan udara menggunakan pesawat C-130 dan Airbus.
- Setakat ini, KHOM Malaysia telah membawa masuk 3,246 kotak makanan dan 1,034 kotak susu bayi di Jordan; separuh dihantar melalui udara, selebihnya disimpan untuk penghantaran berperingkat.
- Misi kali ini turut disertai Belgium, Sepanyol dan Indonesia, dengan enam lori bantuan KHOM Malaysia sudah tiba di Jordan.
Bagaimanapun, bagi misi kali ini, hanya separuh daripada jumlah tersebut akan dihantar melalui udara, manakala selebihnya disimpan di gudang JHCO untuk penghantaran secara berfasa sama ada melalui jalan darat atau udara, bergantung kepada keadaan semasa.
Wartawan Astro AWANI yang berada di gudang JHCO hari ini turut menyaksikan dua lori sarat dengan bantuan kemanusiaan diserahkan kepada RJAF sebelum dibawa masuk ke pangkalan tentera sebelum proses penghantaran dimulakan.
Ini menjadikan keseluruhan enam lori bantuan KHOM Malaysia berjaya tiba di Jordan setakat ini.
Berdasarkan tinjauan di pangkalan RJAF, misi kemanusiaan kali ini turut mendapat penyertaan tiga negara lain, iaitu Belgium, Sepanyol dan juga Indonesia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami