awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 160,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19

Bernama
Bernama
12/04/2022
00:55 MYT
Lebih 160,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Seorang kanak-kanak menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak di sebuah sekolah di Putrajaya, 16 Feb 2022. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 164,375 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 4.6 peratus daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,862,105 individu atau 92 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,963,947 atau 95.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,933,049 individu atau 67.7 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,957,974 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,235,033 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 46,823 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 32,183 sebagai dos kedua, 10,180 sebagai dos penggalak dan 4,460 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,272,251.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 19 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Malaysia semalam, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu empat kes, diikuti Johor, Kedah, Pahang, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur dengan masing-masing dua kes. .
Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksinasi kanak-kanak
#dos penggalak
#vaksin COVID-19
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan