awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ

Bernama
Bernama
29/02/2024
05:56 MYT
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Lokman berkata kesalahan yang dikesan membabitkan tiada Lesen Memandu Malaysia (LLM) sebanyak 6,380 saman, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) (2,120), tiada insurans (1,843) dan lain-lain (7,419). - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan yang dikesan membabitkan tiada Lesen Memandu Malaysia (LLM) sebanyak 6,380 saman, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) (2,120), tiada insurans (1,843) dan lain-lain (7,419).
"Saman terhadap warga asing ini merupakan antara 165,553 saman yang dikeluarkan JPJ menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negara sempena perayaan itu," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai arah selatan di sini malam tadi.
Beliau berkata sepanjang bulan ini juga, pihaknya turut menahan 33 pemandu termasuk pemandu kenderaan awam kerana didapati positif dadah seperti syabu, ganja jenis tetra hydrocannibol (THC) dan opiat selepas ujian saringan air kencing dilakukan.
Sementara itu, menurut Lokman kes kemalangan maut tahun lepas menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2022 dengan seramai 6,344 mangsa berbanding 6,080 mangsa.
"Peningkatan adalah lapan peratus, daripada jumlah 6,344 mangsa, kira-kira 4,000 daripadanya melibatkan penunggang motosikal. Secara purata pada bulan ini, setiap dua jam ada satu kemalangan maut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Ops Khas
#Tahun Baharu Cina
#warga asing
#Lokman Jamaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan