Lebih 2,000 komik propaganda dirampas - Muhyiddin

Bernama
November 3, 2019 12:31 MYT
MUHYIDDIN: Lebih 2,000 naskah komik propaganda telah dirampas. - Gambar fail/BERNAMA
"Lebih 2,000 naskah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan," kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga KDN di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan komik propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.
BACA: Komik propaganda: 'Keputusan di tangan saya!' - Maszlee
BACA: Perlu ada asas kukuh jika mahu kandungan komik dikaji semula - Muhyiddin
BACA: KDN periksa Muzium Kebudayaan Komik Asia, rampas komik propaganda
KDN sebelum ini mewartakan perintah larangan terhadap komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina yang dipercayai antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.
-- BERNAMA
#Hari Keluarga KDN #ideologi komunisme #Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama #KDN #Kementerian Dalam Negeri #komik propaganda #komik propaganda dirampas #Menteri Dalam Negeri #Muhyiddin Yassin #sosialisme