awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyambungan silang rangkaian paip langkah mitigasi atasi masalah air di Papar
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
Indonesia usaha memudah cara eksport tuna sifar tarif ke Jepun di bawah IJEPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komik propaganda: 'Keputusan di tangan saya!' - Maszlee

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/10/2019
03:15 MYT
Komik propaganda: 'Keputusan di tangan saya!' - Maszlee
Keputusan di tangan saya, kata Maszlee. -Gambar fail
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali lagi menegaskan bahawa beliau serta kementeriannya tidak pernah meluluskan penerbitan dan pengedaran komik propaganda "Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama."
Menegaskannya di Dewan Rakyat, Maszlee berkata menjadi kelaziman kepada mana-mana pengarang untuk untuk mengambil gambar apabila menghadiahkan buku-buku mereka sama ada kepada menteri-menteri mahupun ahli Parlimen.
Jelasnya, itu tidak bermakna, individu yang menerima buku tersebut mengiktiraf kandungan mahupun penulisan di dalamnya.
“Penerangan telah dilakukan oleh timbalan menteri bagaimana beliau telah diberi komik tersebut dan diambil gambar.
"Insiden yang sama juga telah berlaku kepada Perdana Menteri, yang diserah komik tersebut lalu diambil gambarnya.
“Ini bukanlah satu insiden terpencil. Saya yakin, ramai menteri dan ahli-ahli Parlimen juga kadang-kala diserbu untuk diberikan buku-buku tertentu oleh pengarang-pengarang lantas mereka mengambil gambar.
“Ini tidak boleh dijadikan bukti pengiktirafan. Beliau (Teo Nie Ching) tidak pernah keluar apa-apa kenyataan bertulis mengiktiraf.
"Apa pun, tak kiralah gambar siapa, gambar Timbalan Perdana Menteri ke, gambar Ketua Setiausaha ke, gambar mana-mana Ahli Parlimen ke, yang penting Menteri Pendidikan tidak benarkannya.
"Keputusan di tangan saya,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang bertanyakan berkenaan foto tular melibatkan pengarang menyerahkan komik propaganda tersebut kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Menjawab soalan asal daripada Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai), Maszlee berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan komik tersebut tidak diterbitkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah termasuk secara senyap-senyap.
Topic Berkaitan
#Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama
#komik propaganda
#Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan