awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20 cerun bukit di Selangor kritikal

Bernama
Bernama
20/09/2017
23:00 MYT
Lebih 20 cerun bukit di Selangor kritikal
Lebih 20 cerun bukit di beberapa kawasan di Selangor dikenal pasti kritikal dan memerlukan pemantauan rapi serta tindakan pemulihan segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak berlaku kejadian tanah runtuh. -Gambar fail
Lebih 20 cerun bukit di beberapa kawasan di Selangor dikenal pasti kritikal dan memerlukan pemantauan rapi serta tindakan pemulihan segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak berlaku kejadian tanah runtuh.
Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Selangor, Tuan Rusli Tuan Mohamed berkata cerun-cerun kritikal itu antaranya berada dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kajang serta beberapa PBT lagi.
Beliau berkata dapatan jumlah berkenaan diperoleh menerusi kajian yang dilakukan pihaknya pada tahun 2014 dan 2016 menggunakan teknologi pemetaan 'Light Detection and Ranging (LiDAR)' yang mempunyai ketepatan 0.5 meter daripada koordinat kawasan terlibat.
"Daripada teknologi LiDAR, kita juga mengenal pasti lebih 1,000 cerun yang ada di negeri ini namun lebih 20 yang memerlukan tindakan segera kerana kita mahu elakkan faktor seperti potongan cerun tidak sempurna atau hujan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
"Kita juga sedang dalam proses menyerahkan peta yang dihasilkan melalui LiDAR kepada PBT terlibat bagi memberi maklumat tepat kepada mereka mengenai kawasan yang sepatutnya diberi lebih perhatian," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Output Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) kepada PBT, di sini pada Rabu.
Tambah beliau, pihaknya juga akan menyusun maklumat berkaitan untuk dibincangkan dengan PBT terbabit bagi memudahkan mereka memahami bentuk cerun dan muka bumi di kawasan tersebut sebelum mengambil langkah sewajarnya.
Menurut Tuan Rusli, penghasilan data mengenai cerun itu dapat membantu pihak berwajib menangani isu tanah runtuh selain mengurangkan kos pembaikan cerun rosak menerusi tindakan pencegahan awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerun
#pbt
#pihak berkuasa tempatan
#tanah runtuh
#Tuan Rusli Tuan Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan