MALAYSIA
Lebih 20 jam tangan Rolex jutaan ringgit ditemui di rumah isteri kedua bekas Panglima TDM
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, barangan berkenaan ditemui di dalam dua buah bagasi semasa penggeledahan dijalankan.
KUALA LUMPUR : Sejumlah RM2.2 juta aset mewah termasuk 23 jam tangan jenama Rolex disita hasil penggeledahan di kediaman isteri kedua kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) di sebuah negeri di Pantai Timur, pada Sabtu.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), barangan berkenaan ditemui di dalam dua buah bagasi semasa penggeledahan dijalankan.
Rampasan itu merupakan yang terbaharu selepas SPRM menyita wang tunai, kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi tinggi serta emas dengan anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM6.9 juta pada Jumaat lalu.
"Hasil pemeriksaan SPRM menemui 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta," katanya di sini pada Sabtu.
Selain itu, menurut beliau, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat, dengan anggaran nilai kira-kira RM225,000.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan bekas PTD terbabit direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan tender Tentera Darat.
Selain itu, dua isteri bekas PTD berkenaan turut direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan kes yang sama.