awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20 jawatan kosong ketua Malawakil diisi dalam masa terdekat - Saifuddin

Bernama
Bernama
18/04/2022
09:24 MYT
Lebih 20 jawatan kosong ketua Malawakil diisi dalam masa terdekat - Saifuddin
Saifuddin menjelaskan kekosongan jawatan berkenaan berlaku berikutan faktor persaraan pegawai dan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergerakan pegawai tidak dapat dilaksanakan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Lebih 20 jawatan kosong ketua perwakilan dan konsul jeneral di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara (Malawakil) akan diisi dalam masa terdekat, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata antara negara yang terlibat adalah Arab Saudi, Amerika Syarikat, Indonesia, Jepun dan Jerman.
"Senarai sudah dimuktamadkan dan sedang melalui proses tapisan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, di sini, hari ini.
Saifuddin menjelaskan kekosongan jawatan berkenaan berlaku berikutan faktor persaraan pegawai dan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergerakan pegawai tidak dapat dilaksanakan.
"Ketua-ketua perwakilan ini ada dua bentuk pergerakan, sama ada cross-posting dari negara A ke negara B atau dari negara A balik ke Malaysia dan dari Malaysia pergi ke negara A.
"Selama hampir dua tahun kita tidak dapat gerakkan mereka. Saya yakin dalam masa terdekat kita boleh mengisi kekosongan ini," katanya.
Menurut beliau, kekosongan jawatan ketua perwakilan tidak memberi impak kepada hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara berkenaan kerana terdapat kuasa usaha sementara yang dilantik dalam kalangan pegawai berpengalaman untuk menggalas tugas berkenaan.
"Sebagai contoh semasa Tun Dr Mahathir (Mohamad) menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, pada masa itu ada kekosongan duta di China, tetapi kita ada seorang kuasa usaha sementara yang menjalankan tugas dengan begitu cemerlang.. ketika itu dua kali Dr Mahathir pergi ke China dan diuruskan oleh kuasa usaha sementara," katanya.
Menurut beliau, masalah pengisian jawatan ketua perwakilan akibat pandemik juga dialami oleh negara-negara lain dan ini boleh dilihat apabila sejumlah besar ketua perwakilan asing ke Malaysia akan menyerahkan watikah pelantikan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 25 April ini.
"Saya tidak ingat jumlahnya, tetapi sangat jarang berlaku seramai itu (ketua perwakilan menyerahkan watikah pelantikan). Ini kerana banyak yang tertangguh akibat COVID-19," katanya.
Untuk rekod, Malaysia mempunyai 107 Malawakil di luar negara dengan sebahagiannya adalah ketua perwakilan dan selebihnya konsul jeneral.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malawakil
#jawatan kosong
#Wisma Putra
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan