awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20 kenderaan penonton bola sepak dirempuh kenderaan berat

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2016
00:25 MYT
Lebih 20 kenderaan penonton bola sepak dirempuh kenderaan berat
Beginilah keadaan sebahagian daripada kereta yang rosak apabila dirempuh kenderaan berat yang melalui sebatang jalan di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI
Lebih 20 kenderaan milik penonton perlawanan bola sepak Liga Super antara PDRM dan JDT yang diparkir di tepi Lebuh Raya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), rosak teruk dilanggar kenderaan berat dan besar, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Assisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika perlawanan separuh masa kedua baru sahaja bermula.
"Terdapat satu insiden di mana kenderaan yang diletakkan berhampiran Lebuh SPA dekat stadium dipercayai diseret kenderaan besar dan berat. Kita percayai terdapat 15 buah kenderaan yang digesel kenderaan tersebut.
"Pihak polis masih menunggu laporan pihak berkenaan membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Namun dipercayai, bilangan kenderaan yang terkesan ekoran kejadian itu bertambah apabila lebih ramai pemilik kenderaan membuat laporan polis.
Sebahagian daripada kereta milik penonton bola sepak sewaktu perlawanan antara JDT dengan PDRM dirempuh kenderaan berat di luar stadium. - Foto Astro AWANI
Sebahagian daripada kereta milik penonton bola sepak sewaktu perlawanan antara JDT dengan PDRM dirempuh kenderaan berat di luar stadium. - Foto Astro AWANI
Shaikh Abdul Adzis berkata, kenderaan yang diparkir secara berlapis dipercayai punca berlakunya kejadian berkenaan kerana ia menyebabkan laluan berkenaan menjadi sempit.
"Insiden ini berlaku pada malam perlawanan bola sepak antara kelab PDRM dan JDT di Stadium Hang Jebat. Penonton yang hadir diluar jangkaan iaitu melebihi 30,000 orang dan tindakan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi jalan ini telah menyebabkan laluan menjadi sempit," katanya.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu, termasuk bagi mengenal pasti kenderaan berat yang melanggar kesemua kenderaan berkenaan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil untuk memberikan keterangan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, seorang mangsa Ahmad Razimin Mohd Taib, 22, berkata dia terkejut dengan kejadian menimpa kenderaannya sebaik sahaja selepas menyaksikan perlawanan berkenaan.
"Saya orang Melaka dari Ayer Keroh tapi datang nak sokong JDT. Masa nak balik tu, keluar dah macam ini. Terkejut juga," katanya.
Topic Berkaitan
#JDT
#kenderaan rosak dirempuh lori
#kereta diparkir tepi jalan dilanggar
#kereta dirempuh treler
#kereta penyokong bola sepak
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan