Lebih 200 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kedah ditugaskan memantau harga barangan sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sifar yang akan berkuatkuasa 1 Jun ini.
Timbalan Pengarahnya Chin Ching Chung berkata mereka memantau perubahan harga barangan mentah dan kering di semua pasar awam dan pasar raya bagi memastikan peniaga mematuhi dasar GST sifar itu apabila dilaksanakan kelak.
"Setiap pegawai hendaklah membuat pemantauan terhadap lima premis seorang untuk melihat perubahan harga sebelum 1 haribulan Jun dan selepas 1 haribulan Jun.
"(Bagi) setiap premis, dia perlu lihat 30 jenis barang dan ini bermakna setiap pegawai perlu ada rekod perubahan harga untuk 150 jenis barang untuk lima premis yang dia dipertanggungjawabkan untuk pantau," katanya kepada pemberita.
Sementara itu Chin berkata, bahan makanan utama seperti telur, ayam, daging dan sayur-sayuran dijamin mencukupi menjelang musim perayaan ini.
Malah, menurut beliau, harganya juga dijangka tidak mengalami kenaikan, selepas melakukan tinjauan di pasar awam Jitra, pagi tadi.
"KPDNKK negeri Kedah ada bermesyuarat dan berjumpa dengan agensi-agensi kerajaan dan juga pemborong-pemborong agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pemborong dan mereka telah memberi jaminan bahawa bekalan adalah mencukupi," katanya.
Berhubung dakwaan bahawa harga daging di Kedah mencecah RM36 sekilogram, Chin berkata buat masa ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kes itu dan meminta mereka yang mempunyai maklumat melaporkannya kepada KPNDKK.
Ini kerana katanya berdasarkan pemantauan, lebih 90 peratus premis menjual daging pada harga RM33 hingga RM34 sekilogram, iaitu harga standard sejak beberapa tahun lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 27 2018
Timbalan Pengarahnya Chin Ching Chung (gambar) berkata mereka memantau perubahan harga barangan mentah dan kering di semua pasar awam dan pasar raya bagi memastikan peniaga mematuhi dasar GST sifar. - Foto Astro AWANI
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Pelbagai barangan jenama tiruan di Batu Feringghi dirampas
Ia berjaya merampas lebih 2,000 unit pelbagai barangan jenama terkenal bernilai RM66,000 termasuk beg tangan wanita, kasut, jersi serta topi yang kebanyakannya dijual di tujuh buah gerai.
Lebih 200 pegawai KPDNKK Kedah pantau harga barang
Lebih 200 pegawai penguat kuasa KPDNKK Kedah ditugaskan memantau harga barangan sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar yang akan berkuatkuasa 1 Jun ini.