MALAYSIA
Lebih 2,000 usahawan sertai program Maju Usahawan MADANI 2025 - Ramanan
R Ramanan (duduk,tengah) bersama para peserta pada Penutup Program Maju Usahawan MADANI Parlimen Sungai Buloh Anjuran SME Bank di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh, pada Selasa. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,257 usahawan dari seluruh negara menerima manfaat menerusi penyertaan dalam program Maju Usahawan MADANI 2025 (MUM) kelolaan Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) setakat ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri R. Ramanan berkata, daripada jumlah berkenaan, golongan usahawan wanita mendominasi dengan sejumlah 1,674 penyertaan.
"Penyertaan wanita tiga kali ganda lebih banyak daripada usahawan lelaki yang cuma merekodkan sejumlah 583 orang dan saya harap selepas ini akan lebih banyak usahawan lelaki mengambil bahagian dalam program ini.
"MUM ini beri peluang untuk usahawan belajar mengembangkan perniagaan melibatkan strategi membuat penjimatan, pendigitalan serta bagaimana kita boleh memanfaatkan teknologi AI (kecerdasan buatan)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan MUM Parlimen Sungai Buloh, di sini, pada Selasa.
Ramanan berkata, hasil penyertaan menggalakkan diterima setakat ini, beliau yakin platform MUM akan berjaya melahirkan lebih banyak usahawan yang memanfaatkan teknologi dan pendigitalan dalam perniagaan mereka.
"Ini termasuklah pembelajaran dan pemahaman dalam strategi pengurusan kredit, mengenai e-invoicing dan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," kata beliau.
Media sebelum ini melaporkan CEDAR yang juga anak syarikat Small Medium Enterprise Development Bank Bhd (SME Bank) menyasarkan 3,000 usahawan menyertai Program MUM di seluruh negara tahun ini.
-- BERNAMA