MALAYSIA
Lebih 20,000 kes paip pecah direkodkan di Negeri Sembilan
Aminuddin ketika membentangkan Belanjawan 2026 Negeri Sembilan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga DUN Negeri Sembilan ke-15 hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Sebanyak 27,279 kes paip pecah direkodkan di Negeri Sembilan melalui sistem pendaftaran aduan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bagi tempoh 2021 sehingga Oktober lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diberitahu.
Ringkasan AI
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata daripada jumlah itu, Seremban mencatatkan kes tertinggi iaitu 11,059 kes, diikuti Kuala Pilah (3,928), Jempol (3,050), Tampin (2,913), Port Dickson (2,554), Jelebu (2,247) dan Rembau (1,528).
Beliau berkata jumlah kos keseluruhan bagi tempoh tersebut dianggarkan sebanyak RM147 juta, merangkumi kerja pembaikan, penggantian paip serta pemulihan permukaan jalan.
"Tahap kerosakan paip melibatkan kategori kecil (minor leak), sederhana (joint failure) dan besar (main burst), bergantung kepada lokasi dan tekanan saluran. Bagi kerja pembaikan, jenis bahan yang digunakan termasuk paip jenis Mild Steel (MSCL) dan paip UPVC mengikut kesesuaian saiz serta tekanan air di lokasi kejadian," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN, hari ini.
Aminuddin (PH-Sikamat) menjawab soalan ADUN Chew Seh Yong (PH-Lobak) yang memohon kerajaan negeri menyatakan jumlah kes paip pecah 2021-2025 mengikut daerah serta memperincikan tahap kerosakan, jenis pembaikan, kos, langkah segera dan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah itu.
Beliau menjelaskan bagi setiap kes paip pecah, tindakan segera diambil dengan menutup sementara bekalan air, melaksanakan kerja pembaikan dan memulihkan bekalan air secara berperingkat bagi memastikan gangguan kepada pengguna diminimumkan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata sebanyak 68 lokasi melibatkan paip sepanjang 243 kilometer dikenal pasti untuk penggantian melalui kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan SAINS.
"Bagi penggantian paip melalui peruntukan SAINS, ia melibatkan 12 lokasi sekitar Seremban, Port Dickson, Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu dengan panjang keseluruhan 14.2 kilometer.
"Penggantian paip melalui peruntukan PAAB melibatkan 16 lokasi di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jelebu dan Jempol sepanjang 60.8 kilometer.
Aminuddin berkata penggantian paip melalui peruntukan PETRA pula melibatkan 40 lokasi sekitar Seremban, Port Dickson, Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu dengan melibatkan jumlah sepanjang 168km.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Negeri Sembilan catat 27,279 kes paip pecah sehingga Oktober 2021, dengan Seremban paling tinggi.
- Kos keseluruhan dianggarkan RM147 juta; jenis bahan seperti Mild Steel dan UPVC digunakan untuk pembaikan.
- Kerajaan negeri ambil tindakan segera, 68 lokasi paip akan digantikan sepanjang 243 kilometer.