[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
MALAYSIA

Lebih 25,000 mangsa banjir di enam negeri, 311 PPS dibuka

Hafizi Rosli 06/01/2021 | 02:57 MYT
Keadaan banjir melalui tinjauan udara di Lipis, Pahang - Gambar/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencatat peningkatan kepada 25,017 melibatkan 6,657 keluarga hingga jam 10 pagi Rabu.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 311 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri terjejas melibatkan Pahang, Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 19,548 orang daripada 5,202 keluarga.
Sebanyak 248 PPS dibuka di sembilan daerah terkesan.
Daerah Maran di Pahang mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 4,506 mangsa.
Di Johor, seramai 4,205 mangsa dipindahkan ke 34 PPS di enam daerah terkesan.
Dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatatkan jumlah mangsa sebanyak 504 dan 188 orang.
Lain-lain negeri iaitu Selangor dan Perak mencatatkan 68 dan 504 mangsa.
#mangsa banjir #Pusat Pemindahan Sementara #PPS #Info Bencana #Jabatan Kebajikan Masyarakat