awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 260 penduduk Kampung Sungai Baru serah memorandum kepada PM

Bernama
Bernama
04/02/2023
05:11 MYT
Lebih 260 penduduk Kampung Sungai Baru serah memorandum kepada PM
Perancangan pembangunan semula Kampung Sungai Baru bermula sejak 2016 dan mendapat persetujuan majoriti penduduk iaitu lebih 260 penduduk namun belum dapat diteruskan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lebih 260 penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini, yang terlibat dengan projek pembangunan semula kawasan tersebut, memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memberi penangguhan, sebaliknya meneruskan projek tersebut dengan segera.
Wakil penduduk Mohd Adam Abdul Aziz berkata permohonan itu susulan laporan media yang memaklumkan penangguhan selama sebulan lagi atau sehingga suatu tarikh tertentu dibuat, supaya rundingan antara penduduk dan pihak berkepentingan dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berbangkit.
"Kami telah menunggu pembangunan ini selama lebih enam tahun. Proses pengambilan tanah adalah kaedah terakhir bagi merealisasikan hasrat kami yang telah bersetuju untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan baik sekali gus menaik taraf kehidupan kami," katanya pada sesi penyerahan memorandum hari ini.
Memorandum bagi menggesa tindakan tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin di kawasan kampung tersebut hari ini.
Sementara itu, Azman berkata memorandum tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.
Perancangan pembangunan semula Kampung Sungai Baru bermula sejak 2016 dan mendapat persetujuan majoriti penduduk iaitu lebih 260 penduduk namun belum dapat diteruskan kerana mendapat tentangan 37 penduduk yang tidak bersetuju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Sungai Baru
#memorandum
#Perdana Menteri
#pengambilan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan