Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Lebih 2.97 juta dos vaksin diberi setakat 21 Mei

Astro Awani 22/05/2021 | 11:57 MYT
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 21 Mei 2021 ialah 2,297,292 dos. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 21 Mei 2021 ialah sebanyak 2,297,292 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, penerima dos pertama adalah seramai 1,429,371 orang.

Manakala, 867,921 telah menerima dos kedua.

Selangor menerima dos vaksin tertinggi dengan 308,469 dos iaitu 190,555 penerima dos pertama dan 117,914 penerima dos kedua.

Manakala, Kuala Lumpur menerima 297,836 dos dengan 209,747 bagi dos pertama dan 88,089 bagi dos kedua.

Sarawak pula menerima 227,755 dos melibatkan 138,685 penerima dos pertama dan 89,070 penerima dos kedua.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Twitter #Kuala Lumpur #kesihatan #COVID-19 #vaksin #dos pertama #dos kedua