Lebih 30 kediaman, rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Karak

Astro Awani
Oktober 1, 2021 17:11 MYT
Young Syefura Othman, berkata polis memaklumkan lebih 30 rumah dan rumah kedai musnah dalam kebakaran itu. - Gambar/ FB Young Syefura Othman
KUALA LUMPUR: Lebih 30 kediaman dan rumah kedai musnah dalam kebakaran besar di Kampung Baru Karak di Karak, malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, berkata maklumat awal itu diterima daripada polis.
"Kebakaran sudah dapat dikawal. Masih ada beberapa kebakaran kecil. Menurut polis dalam 30 rumah dan rumah kedai hangus terbakar," katanya di laman Twitter kira-kira jam 12.24 tengah malam.

Update: Kebakaran dah dapat dikawal. Masih ada beberapa kebakaran kecil. Menurut polis dalam 30 rumah dan rumah kedai hangus terbakar. https://t.co/u3n3akSYEp pic.twitter.com/bTHP54ovm7

— Rara (@youngsyefura) October 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, beliau yang meninjau kawasan itu berkata, kebakaran itu membabitkan rumah dan rumah kedai di dua lorong di kampung terbabit.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, berdasarkan perkongsian di media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku jam 10 malam dengan pasukan bomba kelihatan berusaha mengawal api daripada merebak.
BACA: Kebakaran besar di Kampung Baru Karak, sekurang-kurangnya 4 rumah kedai musnah
Sumber Facebook ILOVEPAHANG
Turut kelihatan beberapa letupan seperti bunga api di udara di kawasan berkenaan yang didakwa sebagai mercun. Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Lebih 30 kediaman, rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Karak
Astro AWANI akan mendapatkan kenyataan rasmi pihak berkuasa mengenai kejadian itu termasuk bilangan unit yang musnah selain punca dan nilai kerugian.
#kebakaran #kampung baru karak #letupan #Young Shefura