MALAYSIA
Lebih 3,000 kes jenayah seksual bawah 18 tahun direkod dalam tempoh tiga tahun
KULASEGARAN: Jumlah tangkapan kes bagi tempoh sama sebanyak 3,601, membabitkan 1,194 tangkapan pada 2023 dan 1,348 pada 2024 serta 1,059 bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktober tahun ini, direkodkan berlaku di kawasan sekolah.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata daripada jumlah keseluruhan itu 1,760 kes dicatat berlaku pada 2023 manakala pada 2024 sebanyak 1,041 kes dan 892 kes lagi dari Januari hingga Oktober tahun ini.
"Jumlah tangkapan kes bagi tempoh sama sebanyak 3,601, membabitkan 1,194 tangkapan pada 2023 dan 1,348 pada 2024 serta 1,059 bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi menangani isu itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan, yang berperanan meneliti dan memperkukuh langkah keselamatan di sekolah.
Jawatankuasa itu menggabungkan pelbagai kepakaran termasuk akademik, agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
"Antara penambahbaikan yang dilaksanakan jawatankuasa itu terhadap program Sekolah Selamat, termasuk menjalankan audit keselamatan di sekolah terlibat," katanya.
Mengulas mengenai inisiatif untuk mewujudkan pangkalan data kebangsaan bagi pesalah seksual bawah umur, Kulasegaran berkata Kementerian Dalam Negeri bersedia untuk menyokong pelaksanaan Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC) melalui perkongsian data pelbagai kementerian.
Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaannya tertakluk di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu PDRM tidak dibenarkan mendedahkan sebarang butiran pengenalan, termasuk gambar atau maklumat kanak-kanak di mana-mana platform media sosial atau medium awam.
"Penggabungan data mengenai kesejahteraan, kesihatan dan pendidikan kanak-kanak ini memerlukan penyelarasan tambahan antara pelbagai agensi dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang serta tatacara keselamatan maklumat," katanya.
Terdahulu, pada sesi itu Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) membangkitkan mengenai usaha kerajaan dalam menangani krisis jenayah seksual remaja di negara ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 608 daripada 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun berlaku di kawasan sekolah sejak 2023 hingga Oktober 2024.
- Kementerian Pendidikan telah tubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan untuk tingkatkan langkah keselamatan di sekolah dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk PDRM dan UNICEF.
- Kementerian Dalam Negeri sedia menyokong pelaksanaan Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC) untuk data pesalah seksual bawah umur, namun perlu mematuhi undang-undang dan tatacara keselamatan maklumat.