MALAYSIA
Lebih 30,000 mahasiswa sertai Jelajah Kampus Rakan Muda 2016
Khairy yang ditemui dalam program Jelajah Kampus Rakan Muda 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini, menggalakan golongan mahasiswa mencuba kemahiran baharu. - Foto Bernama
Siri Jelajah Kampus Rakan Muda berjaya menarik lebih 30,000 penyertaan dalam kalangan mahasiswa, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, program itu penting bagi mengelakkan belia menghilangkan diri di sebalik dunia alam maya.
“Kita mahu supaya Rakan Muda ini dapat memberi inspirasi kepada anak muda untuk mereka belajar satu kemahiran baru. Itu juga tujuan kita buat (program) Rakan Muda,” ujar beliau.
Tambah Khairy, daripada program tersebut, golongan mahasiswa ini ditanya sama ada mereka pernah mencuba kemahiran seni tertentu seperti melukis atau menenun, dan ternyata ramai dalam kalangan mereka belum pernah mencubanya.
“Jadi apa yang kita hendak sampaikan kepada anak muda dan belia (adalah) cuba belajar kemahiran baru sama ada kemahiran itu pengekodan, komputer atau benda lain. Sangat penting untuk kita ada bukan setakat hobi media sosial, tetapi hobi yang boleh membina dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” jelas beliau.
Selain bengkel kemahiran, persembahan muzik, sesi perjumpaan dan perbincangan mendapat perhatian ramai sepanjang program sehari yang berlangsung di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada Isnin.
Bagi mahasiswa, program seumpamanya wajar diteruskan kerana ia menggalakkan idea kreatif diterjemah kepada kerja seni yang bermanfaat buat masyarakat.
“Program seperti ini patut diteruskan sebab dapat peluang berjumpa dengan ramai orang, sekali gus dapat mencuba banyak aktiviti baru,” kata seorang mahasiswa, Nadzirah Halim.
Sementara itu bagi seorang lagi mahasiswa, Muhammad Safwan Ahmad Shahar, program itu mampu mengurangkan tekanan belajar.
“Ada sesetengah kemahiran seni yang saya tidak pernah bua t seperti pembikinan kraf seramik. Fakulti saya tidak mengajar mengenainya. Apabila berada di pusat pengajian seperti ini, kebanyakan penuntut terasa stres, maka apabila diperkenalkan program seperti ini kami boleh berkarya,” ujarnya.
Pandangan itu turut dipersetujui seorang lagi peserta Jelajah Kampus, Ronnie Khoo.
“Sangat menarik aktiviti hari ini. Setiap kali kita membuat bengkel, kita dapat melihat kreativiti orang lain. Adakalanya kita juga boleh mendalami sesuatu daripada tenaga pengajar,” ujarnya.
Program ini merupakan kesinambungan kepada program Rakan Muda yang diadakan dalam kampus.