MALAYSIA
Lebih 30,000 pengunjung meriahkan Karnival Semarak Cinta Rasul
Ab Rauf (baju hitam) dan Mohd Ali (tengah) bergambar bersama para pemenang sempena Majlis Melaka Berselawat dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, malam tadi. --fotoBERNAMA
MELAKA: Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka tahun ini mencatatkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung yang memeriahkan lebih 30 program kerohanian sepanjang berlangsungnya Karnival Semarak Cinta Rasul.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan penganjuran karnival empat hari itu mencerminkan sokongan padu rakyat dalam memperkukuh syiar Islam dan memupuk kecintaan mendalam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
"Antara pengisian istimewa sambutan kali ini, penganjuran Melaka Bermunajat serta Himpunan Komuniti Astronomi yang menyaksikan lebih 200 umat Islam mendirikan Solat Sunat Gerhana pada 7 dan 8 Sept lepas.
"Alhamdulillah, sokongan berterusan daripada masyarakat memberi semangat kepada kerajaan negeri untuk terus mempergiat program keagamaan demi membimbing rakyat dengan akhlak mulia, memperkukuh ukhuwah dan menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW," katanya di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau berucap pada Majlis Melaka Berselawat dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447H yang turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri.
Ab Rauf turut menyeru bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul supaya umat Islam terus bersama memperkukuh perpaduan dalam kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan di negara ini demi membina bangsa Malaysia yang lebih utuh serta mengekalkan keamanan dan keharmonian.
Pada majlis itu, kerajaan negeri turut mengiktiraf sumbangan organisasi dan institusi agama yang berperanan penting dalam memperkukuh syiar Islam dan kesejahteraan ummah melalui penganugerahan khas.
Sebanyak enam kategori anugerah disampaikan, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Masjid Kariah Terbaik (Masjid Al- Muhaimin, Bemban); Pengurusan dan Pentadbiran Surau Kariah/Taman Terbaik (Madrasah An- Nur Taman Muhibbah, Merlimau); Pengurusan dan Pemuliharaan Tanah Perkuburan Islam Terbaik (Pusara Abadi Masjif Al Rahmah, Bukit Rambai).
Bagi kategori Pengurusan dan Pentadbiran Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Terbaik dimenangi Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Masjid Tanah; Koperasi Masjid/Surau Terbaik (Koperasi Masjid Al- Alami MITC, Ayer Keroh) dan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (IKS) Negeri Melaka (Pak Man Industries Sdn Bhd).
Selain itu, kerajaan negeri turut menyampaikan pengiktirafan khas Kontinjen Ceria MADANI sempena Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul yang diadakan baru-baru ini.
Ab Rauf berkata pengiktirafan itu diharap menjadi pemangkin motivasi kepada institusi agama untuk terus menambah baik urus tadbir, memperkasakan ukhuwah serta menyumbang khidmat bakti lebih cemerlang demi kesejahteraan ummah.
-- BERNAMA