awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 34,000 murid cicir pada 2018, lebih tinggi berbanding 2020-2021

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/12/2021
03:29 MYT
Lebih 34,000 murid cicir pada 2018, lebih tinggi berbanding 2020-2021
Mah berkata, perbincangan antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga diadakan untuk mengenal pasti langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah murid kurang minat belajar. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Jumlah murid cicir pada tahun 2018 adalah jauh lebih tinggi daripada murid cicir yang direkodkan dari Mac 2020 hingga Julai 2021, kata Datuk Dr Mah Hang Soon.
Perkara ini dimaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan II itu kepada Dewan Rakyat hari ini, sambil menjelaskan, jumlah murid cicir pada 2018 adalah seramai 34,074 orang.
"Data untuk tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang telah berhenti sekolah adalah seramai 11,301 orang.
"Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang murid direkodkan berhenti sekolah.
"Jumlah keseluruhan murid yang berhenti sekolah bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316 orang.
"Berbanding dengan tahun 2018, angkanya adalah 34,074 orang dan ini bermaksud untuk tahun-tahun sebelumnya angka yang disebut adalah lebih tinggi daripada apa yang dimaklumkan sebelum ini," katanya.
Mah berkata, KPM amat prihatin dan sentiasa mengambil langkah untuk menyelesaikan dan menurunkan kadar serta kemungkinan murid cicir di negara ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang ingin tahu punca serta tindakan KPM susulan statistik murid cicir yang membimbangkan.
Mengulas lanjut, Mah berkata, KPM mengambil pelbagai langkah dalam menangani isu murid cicir termasuk menggerakkan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengesan murid yang tidak hadir pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan semasa PdP di sekolah.
"KPM juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dan sokongan psikososisal melalui pelbagai kaedah, selain mengadakan perbincangan di antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga murid, untuk mengenal pasti sebab dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani murid yang kurang minat belajar," katanya.
Topic Berkaitan
#murid cicir
#berhenti sekolah
#Dewan Rakyat
#Mah Hang Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan