Seramai 37,699 orang pekerja diberhentikan pada tahun lepas dengan 39.4 peratus diberhentikan secara pemberhentian sukarela (VSS) manakala 60.6 peratus melalui pemberhentian biasa.
Kementerian Sumber Manusia berkata berdasarkan statistik pemberhentian pekerja yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), majoriti pemberhentian melibatkan 32,552 pekerja tempatan (86.3 peratus) manakala bakinya merupakan pekerja asing.
"Jumlah pemberhentian pekerja bagi tahun lepas sebenarnya adalah lebih rendah berbanding 2015," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya pada 2015, seramai 44,343 orang terlibat dengan 19,891 orang (44.9 peratus) melalui VSS dan 24,452 orang (55.1 peratus) melalui pemberhentian biasa.
Kementerian itu berkata pemberhentian tertinggi pada tahun lepas berlaku dalam sektor pembuatan iaitu 45.9 peratus diikuti sektor perdagangan borong dan runcit (20.7 peratus); kewangan dan insurans (12.1 peratus) serta perlombongan dan pengkuarian (6.6 peratus).
"Ini berbeza dengan pemberhentian bagi 2015 yang didominasi oleh sektor kewangan dan insurans (39.8 peratus); diikuti sektor pembuatan (20.8 peratus) dan sektor pengangkutan dan penyimpanan (14.7 peratus) berikutan isu pemberhentian pekerja oleh MAS," katanya.
Majikan diwajibkan memaklumkan kepada JTK satu bulan lebih awal jika ingin memberhentikan pekerja, kata kementerian itu.
Menurut kementerian itu tindakan pemberhentian pekerja lazimnya berlaku akibat penutupan syarikat atau berlebihan pekerja antaranya kerana penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi dan pengambilalihan syarikat.
Dalam menangani isu pemberhentian pekerja, kementerian itu menubuhkan 1Malaysia Outplacement Center (1MOC) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Bhd yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi pekerja warganegara yang diberhentikan kerja.
"Antara perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat nasihat, kaunseling kerjaya dan perancangan serta sebagai platform bagi suai padan permohonan pekerjaan dan latihan bagi mempersiapkan mereka untuk kerjaya yang seterusnya," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017

Seramai 37,699 orang pekerja diberhentikan pada tahun lepas dengan pemberhentian sukarela (VSS) dan pemberhentian biasa. - Gambar hiasan

COVID-19 | Kerajaan negeri Melaka sedia benarkan operasi Bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Melaka sedia benarkan operasi bazar Ramadan di negeri itu pada bulan puasa kali ini.

Judi Atas Talian | Guna pangsapuri mewah sebagai pusat jenayah
Polis memberkas 44 warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian atas talian dan penipuan pelaburan. Mereka ditahan di sebuah pangsapuri mewah di ibu negara, yang dipercayai digunakan sebagai pusat panggilan untuk menarik pelanggan baharu dari China dan Taiwan.

Cetak rompak: Kenakan hukuman paling maksimum - Freddie Fernandez
Freddie Fernandez menggesa pihak berkuasa agar meletakkan fokus kepada hukuman yang diterima pesalah.

Jenayah | Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol remaja perempuan 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian 15 Februari lalu.

Hari Wanita 2021 | Tubuh institusi, bank khusus untuk wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan institusi pengajian dan bank khusus untuk wanita. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia bagi membolehkan agenda pemerkasaan wanita dapat dipertingkatkan pada masa depan.

Hari Wanita 2021 | Perluas kerja dari rumah untuk sektor awam, swasta
Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh. Ia bagi tujuan penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.

Media belum disenaraikan dalam barisan fasa pertama vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Jawatankuasa Jaminan Akses telah mewujudkan jabatan kecil bagi melihat permohonan-permohonan seperti daripada pengamal media. Bagaimanapun mesyuarat akan diadakan Khamis ini dan segala perkembangan terkini mengenai permohonan itu akan dimaklumkan kepada media

Kadar pengangguran Januari 2021 naik kepada 4.9%
Untuk mengulas lanjut, bersedia di talian, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO).

Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
Harry dan Meghan telah bertukar lafaz perkahwinan secara tertutup di hadapan Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby.

Khairy Jamaluddin batalkan temujanji cubaan pemotongan barisan vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, mungkin perkara itu tidak disengajakan iaitu terdapat tempat yang cuba menjadualkan mereka tidak berdaftar dalam senarai fasa pertama dan beliau telah batalkan temujanji itu. Jelasnya, semua aduan berkaitan pemotongan barisan bagi mendapatkan vaksin #COVID19 telah disiasat.

Lebih 37,600 pekerja diberhentikan pada 2016
Seramai 37,699 orang pekerja diberhentikan pada tahun lepas dengan 39.4 peratus diberhentikan secara pemberhentian sukarela (VSS) manakala 60.6 peratus melalui pemberhentian biasa.