DHAKA: Lebih 400 orang maut di negeri Rakhine Myanmar akibat Siklon Mocha, yang melanda kawasan pantai antara daerah Cox's Bazar di Bangladesh dan pekan Kyaukpyu Myanmar, kata kumpulan hak asasi manusia pada Rabu.
Perikatan Kebangsaan Rohingya Arakan (ARNA) dalam satu kenyataan berkata perkampungan pantai di ibu negeri Rakhine, Sittwe mengalami kerosakan teruk dan lebih 400 orang terbunuh yang kebanyakannya beragama Islam manakala angka kematian dijangka meningkat.
Lebih 10,000 rumah turut musnah akibat Siklon Mocha yang melanda wilayah itu pada Ahad dengan membawa angin kencang selaju 217 kilometer sejam, tambah kenyataan itu lapor Agensi Anadolu.
"Di Sittwe, pergerakan kira-kira 130,000 etnik Rohingya terbatas hanya di kem pelarian, sama seperti kem tahanan sejak 2012. Kebanyakan mereka belum dipindahkan.
"Sebuah kem yang menempatkan 380 tempat perlindungan pula musnah sepenuhnya setelah dinaiki air setinggi 9.1 meter, kata Nay San Lwin, pengasas bersama Free Rohingya Coalition, kepada Anadolu.
Menurut pelbagai sumber, angka kematian di semua kem di Sittwe mungkin lebih tinggi daripada 400.
Bagaimanapun, disebabkan gangguan perkhidmatan mudah alih dan Internet di kawasan itu, ia akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan jumlah mangsa yang tepat.
Struktur di semua kem pula rosak 90 peratus, tambahnya.
Siklon Mocha memusnahkan hampir semua rumah, tempat perlindungan, sekolah, masjid, biara, klinik dan semua infrastruktur di Sittwe.
Ia juga melanda pekan Ponnagyan, Kyauktaw, Mrauk-U, Myebon, Pauktaw dan Rathedaung.
Sementara itu, kenyataan ARNA mengecam rejim tentera Myanmar kerana tidak cukup membantu selain ketiadaan pengurusan bencana siklon yang wajar untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
"Sekarang orang ramai amat memerlukan air minuman, ubat-ubatan, tempat perlindungan, makanan dan keperluan, dan kami menggesa masyarakat antarabangsa dan NGO untuk tampil membantu.
"Rejim tentera harus membenarkan semua agensi bantuan dan sukarelawan akses tanpa halangan kepada setiap orang yang memerlukan tanpa sebarang bentuk diskriminasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Angin kuat dan hujan lebat di kem ThekayPyin Rohingya, di Sittwe, Rakhine, Myanmar, pada 14 Mei 2023. -Reuters
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.
Sekurang-kurangnya 13 maut, kereta api bertembung di India
Pelanggaran itu dipercayai berlaku apabila kereta api barangan merempuh bahagian belakang kereta api penumpang.
Kemeriahan sambutan Aidiladha di Terengganu tarik minat pelancong, pelajar asing
Seramai 21 pelancong dari Singapura dan 100 pelajar antarabangsa dari universiti tempatan menyertai sambutan Aidiladha di Terengganu.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Kerajaan timbang hukuman lebih berat kes curi kabel komunikasi
Kerajaan sedang menimbangkan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan kes curi kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 hujung tahun ini
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata selain menambah baik Akta Kanak-Kanak 2001, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Kanak-Kanak.
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
AWANI Ringkas: Astro AWANI jenama berita paling dipercayai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India
Anwarul Azim Anar, 56, seorang Ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.