awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Bapa tiri, abang kandung mengaku bersalah rogol remaja 15 tahun
MALAYSIA
Kes bunuh penuntut di Cyberjaya: Suspek utama ada 'niat tidak baik' terhadap mangsa - Polis
MALAYSIA
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lebih 42,000 tag VEP kenderaan Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun - JPJ

Bernama
Bernama
01/07/2025
02:50 MYT
Lebih 42,000 tag VEP kenderaan Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun - JPJ
Satu Operasi Khas Penguatkuasaan VEP dijalankan berhampiran Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru tengah malam tadi. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 42,416 atau 17.07 peratus tag Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan persendirian individu berdaftar di Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun lepas, meskipun penguatkuasaan penuh sistem itu bermula hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata berdasarkan statistik, sebanyak 248,504 tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP telah dikeluarkan kepada kenderaan persendirian individu, manakala 3,765 lagi kepada kenderaan milik syarikat.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 206,088 atau 82.93 peratus tag bagi kenderaan persendirian individu telah diaktifkan, manakala semua tag bagi kenderaan persendirian syarikat sudah diaktifkan sepenuhnya.
"Jumlah bagi permohonan (pradaftar) kenderaan persendirian syarikat setakat 29 Jun lepas pula sebanyak 19,690," katanya pada sidang media selepas Operasi Khas Penguatkuasaan VEP berhampiran Bangunan Sultan Iskandar di sini tengah malam tadi.
Beliau berkata penguatkuasaan penuh bermula pada 12.01 tengah malam tadi (1 Julai) melibatkan pemeriksaan terhadap kenderaan Singapura yang tidak mendaftar atau mengaktifkan VEP ketika memasuki Malaysia.
"Sebanyak 55 anggota JPJ digerakkan dalam operasi malam ini, dengan fokus penguatkuasaan tertumpu kepada kenderaan asing yang belum berdaftar VEP. Buat masa ini, saman lain seperti saman JPJ atau polis yang tertunggak masih diberikan kelonggaran," katanya.
Aedy Fadly berkata fokus utama ketika ini adalah memastikan semua pemilik kenderaan mengaktifkan tag VEP, sebelum JPJ meneruskan penguatkuasaan terhadap saman tertunggak yang dijangka dalam tahun ini.
Pemilik kenderaan Singapura yang gagal mengaktifkan tag akan dikenakan kompaun RM300 mengikut Seksyen 66H(7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia sehingga kompaun dijelaskan dan VEP diaktifkan.
"JPJ turut menyediakan unit bergerak di lokasi penguatkuasaan bagi memudahkan pemilik kenderaan menyelesaikan kompaun dan mengaktifkan tag secara serta-merta di lapangan," katanya.
Penguatkuasaan VEP ketika ini akan dilaksanakan secara berkala di lokasi-lokasi strategik tumpuan kenderaan asing di seluruh negeri Johor, sebelum diperluas ke negeri lain yang menjadi laluan utama kenderaan asing ke Malaysia.
Aedy Fadly menyeru semua pemilik kenderaan berdaftar Singapura untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa memasuki atau keluar dari Malaysia.
"Kita mengalu-alukan kehadiran rakyat Singapura ke negara ini. Umumnya, mereka mematuhi peraturan, cuma masih ada segelintir yang belum mendaftar dan mengaktifkan VEP," katanya sambil memaklumkan pusat VEP di Danga Bay beroperasi 24 jam bagi memudahkan pemilik kenderaan Singapura mendapatkan dan mengaktifkan tag.
Sementara itu, seorang pekerja swasta dari Singapura, Muhammad Zulhadis Zulkeplie, 37, berkata beliau telah memohon pendaftaran VEP sejak pertengahan Mei, namun masih menunggu pengesahan.
"Saya tahu hari ini penguatkuasaan bermula, tetapi saya beranggapan tiada masalah kerana saya sudah memohon. Nasihat saya kepada rakyat Singapura, ikuti prosedur yang betul dan jika tidak pasti, tanyalah pihak berkuasa," katanya ketika ditemui semasa menunggu giliran di Van JPJ Bergerak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Aedy Fadly Ramli
#Singapura
#VEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami