KOTA BHARU: Seramai 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.
Masalah ini dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri pada April depan.
Jajahan Pasir Mas merekodkan seramai 35,254 pengguna terjejas manakala Tumpat pula 13,381.
AKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan berlakunya penurunan paras air yang kritikal di muka sauk Loji Rawatan Air Kelar di Pasir Mas akibat fenomena El Nino serta kerosakan dua unit pam disebabkan mendapan pasir dan sampah.
"Antara tindakan mitigasi segera yang dilakukan AKSB adalah pemasangan pam tambahan di luar muka sauk di mana ia melibatkan kerja-kerja pemasangan pam, sambungan bekalan elektrik dan pemasangan paip," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut lima lori tangki AKSB dan lori air kontrak serta 33 tangki statik sedang diatur gerak ke Pasir Mas manakala satu lori tangki AKSB, dua lori air kontrak dan 75 tangki statik akan ditempatkan di Tumpat.
"AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi kami seperti laman sesawang www.airkelantan.my, aplikasi MyAKSB, Facebook dan Instagram.
"Selain itu, pengguna juga boleh hubungi Pusat Info dan Talian Aduan di talian 15777 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Masalah ini dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri pada April depan. - Gambar fail/EPA/ANDY RAIN
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Tumpuan Sabtu – 18 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Ahmad Zahid ucap tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai PM Singapura
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.