Lebih 50 karya dipamer pada Pameran Fotografi Antarabangsa Scars and Silhouettes

Amri Ginang (kiri) dan Henry Berbar (kanan) ketika Pameran Fotografi Antarabangsa 2025 di KL City Art Gallery, Kuala Lumpur. - Gambar Ghanaz Travel and Event
KUALA LUMPUR: Lebih 50 karya fotografi antarabangsa yang berkisar tentang seni, kemanusiaan dan warisan dipamerkan sempena Pameran Fotografi Antarabangsa 2025 di KL City Art Gallery, Publika, Solaris Dutamas, di sini.
Ringkasan AI
- Lebih 50 jenis hasil karya fotografi antarabangsa dipamerkan dalam Pameran Fotografi Antarabangsa 2025 di KL City Art Gallery, Publika, Solaris Dutamas, dengan tema 'Scars and Silhouettes' yang mengangkat nilai seni, kemanusiaan, dan warisan negara serta naratif global.
- Jurufoto Malaysia, Amri Ginang, menyatakan pameran ini menampilkan kisah-kisah kemanusiaan rentas sempadan oleh jurufoto pemenang anugerah dari Perancis, Halim Henry Berbar, yang turut memperkukuh imej Malaysia sebagai hab seni serantau.
- Pameran ini menyokong pelancongan kreatif, diplomasi budaya, dan mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, sambil menarik lebih daripada 5,000 pengunjung dan memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai ibu kota kreatif Asia Tenggara.
“Pameran ini meletakkan Malaysia sebagai hab seni serantau, memperkukuh imej negara di pentas budaya global serta menyokong pelancongan kreatif dan diplomasi budaya serta mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
“Pameran ini bukan sekadar pertunjukan seni, sebaliknya menjadi jambatan budaya dan perbualan tentang perjalanan manusia melalui derita dan keindahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, bengkel fotografi turut diadakan sepanjang pameran berlangsung yang dikendalikan oleh Halim Berbar, Amri Ginang termasuk jurufoto terkenal lain dengan fokus kepada potret, penceritaan visual dan etika fotojurnalisme.
Sementara itu, lebih 5,000 pengunjung hadir ke pameran berkenaan sekali gus memberi impak besar kepada ekonomi kreatif Malaysia.
Sepanjang sebulan penganjuran, acara itu bakal menarik perhatian peminat seni, diplomat dan tetamu antarabangsa serta memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai ibu kota kreatif Asia Tenggara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


