awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut

Bernama
Bernama
03/05/2023
15:49 MYT
Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut
Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut petang tadi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee di sini terjejas akibat ribut petang tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin Mohd Hairi Mad Shah berkata antara kerosakan adalah melibatkan bumbung rumah dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Dewanraya Kampung Melayu Majidee dalam masa terdekat bagi menempatkan penduduk terjejas.
"Ini perlu kerana rumah yang rosak itu tidak selamat untuk didiami, ada bumbung yang terbuka luas, jadi kami ambil keputusan buka satu PPS dan galakkan mangsa pindah sementara... Kami akan berusaha dapatkan peruntukan bantuan di peringkat negeri dan pusat.
"Saya sendiri sudah menghubungi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau memberi maklum balas positif berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa yang terjejas di sini malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri itu berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat serta mengenal pasti jumlah kerugian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kereta rosak kerana dihempap pokok akibat ribut pada 2.48 petang.
Menurut sekretariat itu, laporan mengenai insiden tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Melayu Majidee
#ribut
#ADUN Larkin Mohd Hairi Mad Shah
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan