awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 500 kes kebakaran direkod di Terengganu

Bernama
Bernama
17/04/2023
10:07 MYT
Lebih 500 kes kebakaran direkod di Terengganu
Kes terbesar melibatkan kebakaran kebun, ladang, hutan, belukar dan lalang iaitu 421 kes. -Gambar hiasan/pixabay
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 594 kes kebakaran direkodkan di Terengganu sepanjang Januari hingga semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Hassan 'As'ari Omar berkata kes terbesar melibatkan kebakaran kebun, ladang, hutan, belukar dan lalang iaitu 421 kes.
Beliau berkata perkara itu disebabkan oleh faktor musim kemarau yang bermula Mac lalu dan berlarutan sehingga kini.
"Selain itu ada juga kes kebakaran bangunan, perkakas, kenderaan dan lain-lain tetapi jumlahnya adalah kecil.
"Statistik kes kebakaran tertinggi direkodkan pada Mac iaitu sebanyak 250 kes, iaitu pada musim kemarau," katanya selepas pelancaran Op Raya 2023 di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Sehubungan itu Hassan 'As'ari berkata pihaknya akan menugaskan anggotanya untuk melakukan rondaan 24 jam di 10 lokasi berisiko yang telah dikenal pasti.
Menurut beliau lokasi tersebut termasuk Kampung (Kg) Telaga Papan, Lembah Bidong, Saujana dan Kg Merang di Setiu; Kg Gong Badak, Batu Rakit dan Tok Jembal di Kuala Nerus; Kg Jambu Bongkok dan Kg Kelulut di Marang serta Rantau Abang di Dungun.
"Hanya 20 peratus daripada 806 pengawai serta anggota kita dibenarkan bercuti pada hari raya.
"Sebanyak 80 peratus akan bergilir-gilir kerja mengikut syif bagi menghadapi sebarang insiden yang tidak diingini," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#hari raya
#kebakaran
#musim kemarau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan